10 Cara Atasi Rambut Gugur Menggunakan Bahan Semula Jadi

Setiap hari sapu lantai sebab banyak sangat rambut gugur. Kadang-kadang sampai penat dah!

Masalah rambut gugur bukan dikalangan wanita sahaja, lelaki pun ada masalah rambut gugur mungkin faktor usia, pemakanan, penjagaan rambut, tekanan kehidupan dan sebagainya.

Macam-macam jenis produk sudah digunakan, macam-macam cara juga untuk kurangkan rambut gugur tapi masalah tetap tidak selesai.

Tanpa membuang duit untuk buat rawatan ke salon, anda boleh cuba dengan cara tradisional atau menggunakan bahan semula jadi. Kadang-kadang cara ini lebih sesuai dengan kulit kepala.

Nak tahu caranya, anda perlu ikut langkah ini.

Daun Inai

1) Kisar atau tumbuk hingga lumat duan inai dengan sedikit air supaya jadi pekat seperti pes.

2) Ratakan pada seluruh kulit kepala dan balut dengan kain atau penutup rambut selama tiga jam.

3) Selepas itu, bilas rambut anda dengan air bersih dan pakai perapi rambut pada hujung rambut. Jangan sampai terkena kulit kepala ya!

4) Cuba cara ini dua kali seminggu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut dengan cepat.

Gel Pokok Lidah Buaya

1) Gunakan pokok lidah buaya. Ambil isi lidah buaya atau gel pokok lidah buaya, lumur pada seluruh kepala anda.

2) Urut bahagian kulit kepala dengan lembut dan biarkan sekurang-kurangnya lima minit kemudian cuci rambut seperti biasa.

Minyak Kelapa

1) Minyak kelapa memang terkenal dengan khasiat pertumbuhan rambut dan menghitamkan rambut dengan cantik.

2) Gunakan minyak kelapa pada seluruh kepala anda untuk melebatkan rambut. Jangan lupa urut beberapa minit supaya peredaran darah pada kepala lebih aktif.

Minyak Zaitun

1) Campurkan dua sudu minyak zaitun bersama minyak kelapa dan ratakan pada bahagian kulit kepala sebelum tidur.

2) Urut kepala anda selama 10 minit dan balut semua rambut.

3) Biarkan hingga esok pagi dan bilas seperti biasa.

Isi Buah Avokado

1) Isi buah avokado dan pisang. Lumatkan isi buah ini dan ratakan pada kulit kepala.

2) Biarkan kering selama 30 minit.

3) Bilas dengan syampu dan biarkan kering secara semula jadi.

Kacang Hijau

1) Rendam kacang hijau semalaman. Kuantiti kacang hijau mengikut kepala dan panjang rambut anda.

2) Tapis air kacang hijau. Gunakan air kacang hijau untuk sapu di kulit kepala sambil urut dengan lembut.

Daun Pandan

1) Tumbuk daun pandan dengan sedikit air kemudian perah.

2) Air pandan dicampurkan dengan santan segar, kacau hingga sebati. Biarkan setengah hari.

3) Selepas itu, sapukan pada rambut dan biarkan sekurang-kurangnya 45 minit atau lebih. Selepas kering, bilas rambut dengan air bersih.

4) Gunakan cara ini sekerap mungkin hingga akar rambut anda kuat dan tiada masalah rambut gugur.

Kuning Telur

1) Ambil kuning telur dan sapukan pada kulit kepala sambil urut selama 10 hingga 15 minit.

2) Buang bau hanyir telur dengan basuh rambut anda menggunakan syampu. Lakukan proses ini tiga ke empat kali seminggu.

Santan

1) Gunakan santan untuk lumur pada kepala anda. Jumlah santan mengikut saiz kepala dan rambut anda.

2) Biarkan kering selama 15 hingga 20 minit dan tutup kepala.

3) Bilas menggunakan air sejuk.

Daun Bunga Raya

1) Randam daun bunga raya dan ramas hingga air bertukar menjadi kehijau-hijauan.

2) Basuh rambut dan kepala anda menggunakan air daun bunga raya.

3) Biarkan seketika dan bersihkan dengan air. Tidak kira bunga raya warna apa pun, tapi pastikan daun digunakan adalah daun bunga raya.

Selamat mencuba!

SUMBER: MINGGUAN WANITA