Seperti Buat Kek Pelangi, Wanita Hasilkan Krim Muka Timbang Kilo
Sejak pengasas produk kecantikan sangat ramai di Malaysia, ramai juga yang meragui kesahihan dan kualiti produk tersebut.
Sesetengah pengasas menggunakan produk timbang kilo untuk meghasilkan produk masing-masing.
Produk timbang kilo adalah produk kecantikan yang dijual tanpa kelulusan pihak tertentu. Produk yang dijual tidak mempunyai sijil yang sah. Ia juga boleh menjejaskan kesihatan kulit dan organ dalaman pada jangka masa yang panjang.
Sememangnya produk seperti ini memberi kesan yang cepat pada pengguna seperti melicinkan dan memutihkan kulit dengan masa yang cepat.
Baru-baru ini viral di Twitter @piargh, tweet video mengenai seorang wanita seperti sedang membuat krim timbang kilo.
krim kilo camni yang korang beli mahal2 ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ pic.twitter.com/bF2aMEAHA8
— piah (@piargh) November 12, 2020
Video ini mendapat sambutan sebanyak 6.6k retweet dan pelbagai reaksi daripada pihak netizen.
tak2 masalahnya buat skincare ke abc pic.twitter.com/djuzm2y9ZC
— Û©ÛžÛ© Ahmad Saiful Û©ÛžÛ© (@sepullmazlan) November 12, 2020
Wanita berkenaan juga memasukkan krim tersebut ke dalam bekas seperti membuat air batu campur (ABC).
pastu main tauk2 jer ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ pic.twitter.com/ka77P8pe1h
— ain 🦀 (@booradleygal) November 12, 2020
Kepada pengguna di luar sana, pilih produk yang sah dan selamat digunakan untuk menjaga kesihatan diri.