GAMBAR KAHWIN MASA HUJAN

HASIL AMBIL GAMBAR MASA HUJAN DAN HASILNYA MANTAP! TERBAIK PHOTOGRAPHER!

Kenangan menjadi raja sehari mestilah perkara paling manis dalam hidup. Saat bergelar pengantin baharu, pasti mahukan kenangan indah itu diabadikan untuk dikenang kembali.

Sudah menjadi tradisi bila berkahwin, mesti ada sesi bergambar. Photographer akan bertungkus-lumus mendapatkan angle terbaik dan menghasilkan gambar yang mantap untuk memuaskan hati kedua mempelai.

Pengantin pula mahukan gambar-gambar yang cantik untuk dibingkaikan dan digantung. Tetapi tidak semuanya indah apabila pengantin perlu bergambar di depan rumah kerana sudah malam dan cuaca hujan!

Dengan kehebatan photographer ini, ia bukan menjadi masalah besar. Hasil gambar depan rumah dengan hujan sangat menakjubkan!

Video TikTok @khairul_ikhwan96, yang viral di Twitter mendapat RT sebanyak 11.6k dan Like 24.1k kerana hasil gambar sangat cantik seakan bergambar dalam salji.

@khairul_ikhwan96

Hujan bukan penghalang untuk dapatkan gambar outdoor 🥰 ##photographerkedah ##videographermalaysia

♬ Surrender – Natalie Taylor

Hasil gambar yang membuatkan ramai memuji dan mengimpikan gambar perkahwinan seperti itu.

Ramai juga yang ingin kahwin ketika hujan untuk mendapatkan hasil gambar yang sama.

Mungkin ada yang berminat untuk ambil photographer ini, boleh ke akaun Instagram @lenstopia.studio

Apa-apa pun selamat pengantin baru kepada kedua mempelai!