TAK LAPAR TAPI PERUT BERBUNYI, KENAPA? 4 SEBAB PERUT BERBUNYI TANPA SEBAB
Duduk diam-diam tiba-tiba bunyi perut. Alamak! Malunya! Lagi-lagi kalau tengah mengambil peperiksaan dalam dewan, terdengar kruk-kruk bunyi perut tapi tak lapar pun!
Siapa pernah jadi macam ni? Apa perasaan korang? Apa tindakan korang? Sedangkan sebelum keluar rumah, korang dah makan kenyang.
Tak semestinya perut berbunyi menandakan korang tengah lapar tau dari segi Sains, kejadian tersebut dipanggil borborygmus yang bukannya datang dari perut tapi usus.
Menurut pakar, bunyi tersebut disebabkan gas berlebihan yang bergerak di dalam usus.
Kenapa perut berbunyi walaupun korang dah makan? Jom baca!
Tapi kalau memang tengah lapar, perut berbunyi korang pergilah cari makanan supaya perut korang diam.
Kerengsaan Usus
Ada sesetengah orang perut tidak menerima produk tenusu seperti keju atau susu. Kalau termakan atau terminum produk tenusu akan menyebabkan cirit-birit atau sembelit yang merangsang usus besar.
Kurang Sukrosa
Kekurangan gula dalam darah juga punca perut berbunyi tanpa sebab. Jika berlakunya kurang sukrosa dan enzim yang memecahkan gula dalam badan akan menyebabkan perut berbunyi.
Jadi, korang perlu makan makanan seimbang supaya sistem dalam perut dapat memproses nutrisi dengan baik.
Makan Gelojoh
Pernah tak korang terlalu lapar, dapat je makanan terus makan tanpa berfikir.
Makan terlalu cepat menyebabkan gula dalam darah rendan dan usus tidak dapat memproses nutrisi yang cukup daripada darah.
Udara yang berlebihan tidak diserap dengan baik, usus akan mengumpul banyak gas.
Sebab itu kita kena kunyah makanan sebaik mungkin untuk elak gas terkumpul dalam usus.
Mengalami Tekanan
Stress pun boleh buat perut berbunyi tau! Perut boleh berbunyi apabila seseorang itu dalam keadaan cemas atau tertekan.
Tekanan menyebabkan otot perut dalam keadaan menguncup. Gas dan cecair pencernaan akan memerah dalam usus kecil dan menyebabkan perut akan lapar cepat.