BAHAYA TAK CUKUP TIDUR? 10 PERKARA YANG BOLEH MUDARATKAN BADAN, YANG KE-3 PALING TAKUT

Semua orang tahu tidur yang cukup memberikan banyak faedah kepada tubuh badan dan otak manusia.

Tidur cukup membuatkan badan dan minda berehat daripada aktiviti yang dilakukan pada siang hari.

Tidur juga membantu menghasilkan sel-sel dalaman untuk bekerja pada keesokkan hari.

Tetapi ramai juga yang masih tidak menyedari, tidur yang tidak cukup atau tidak berkualiti boleh menyebabkan kematian kerana tekanan yang melampau.

Ia boleh memberi kesan psikologi dan biologi terhadap seseorang.

Untuk kanak-kanak tidur memang penting untuk tumbesaran kerana pada waktu tidur otak akan berkembang dan memproses perkara yang dipelajari pada waktu siang.

Tabiat tidur lambat dan menahan mata dari tidur untuk aktiviti yang tidak berfaedah akan meyebabkan kerosakkan badan dan otak.

Tahu tak apa akan jadi jika anda kekurangan jumlah tidur? Jom baca 10 kesan terhadap badan jika tak cukup tidur.

Cepat Tua
Haa, ini mesti para wanita takut. Sebenarnya salah satu punca penuaan kulit adalah tidak dapat tidur dan rehat yang cukup.

Kualiti tidur yang tidak baik akan memberikan masalah kulit dan proses penyembuhan kulit menjadi lambat. Kulit akan cepat tua sebelum usia sebenar! Takkan nak nampak tua, kan?

Selera Makan Bertambah
Hormon lapar akan cepat bertindak. Inilah punca berat badan anda akan meningkat tanpa kawalan.

Hormon leptin dibuat oleh sel lemak dan ditugaskan untuk mengendalikan nafsu makan dan rasa lapar.

Hormon ini akan memberi isyarat kepada otak untuk memberitahu anda ketika perut rasa lapar atau kenyang.

Jika anda tidak tidur, hormon ini sentiasa aktif menyebabkan anda akan makan lebih banyak dan berlebihan.

Berat Badan Naik
Apabila kuantiti makanan anda bertambah, berat badan juga akan terkesan yang boleh menyebabkan obesiti.

Tidur lambat menyebabkan anda lapar pada tengah malam. Tetapi bukan dengan cara tidur berlebihan badan anda tidak gemuk dan berat badan anda terjaga tetapi anda perlukan tidur yang berkualiti.

Jika anda tidur lambat, gangguan rutin senaman dan aktiviti harian tidak dijalankan. Mungkin anda menghabiskan waktu dengan tidur pada waktu petang.

Metabolisme Glukosa Dan Diabetes
Tidur yang kurang memberi kesan terhadap kadar kandungan gula dalam darah dan mengurangkan sensitiviti insulin. Simptom pra-diabetes mula aktif apabila anda tidur 4 jam setiap malam, atau 6 hari berturut-turut.

Sistem Imunisasi
Sistem imunisasi akan terganggu sekiranya anda tidak menjaga waktu tidur dengan betul.

Pastikan waktu tidur dan corak tidur anda sentiasa konsisten untuk meningkatkan kualiti imunisasi badan.

Masalah selsema juga dikaitkan dengan pola tidur anda. Individu yang kurang tidur sering dijangkiti virus selsema.

Sentiasa Letih
Kalau tak cukup tidur, tentu tiada tenaga untuk menyelesaikan banyak perkara pada hari esok.

Kurang waktu tidur membuatkan anda tidak bermaya, tidak bertenaga dan cepat letih.

Kajian mengatakan lebih dua ribu orang yang dikesan tidak cukup tidur dengan kelakuan mereka seperti berjalan perlahan, genggaman tangan yang lemah dan tidak dapat menyelesaikan aktiviti harian dengan cekap.

Tidak Produktif
Anda terlepas waktu tidur yang sepatutnya, dan anda akan tidur pada waktu yang tidak sesuai.

Ini menyebabkan otak anda tidak dapat berfungsi dengan normal.

Otak juga tidak dapat bekerja secara optimum ketika mengantuk atau dalam keadaan anda kurang sedar.

Anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan cekap dan mengalami masalah cepat terlupa.

Sakit Jantung Dan Angin Ahmar
Penyakit berisiko ini mudah menyerang jika anda kurang waktu tidur yang berkualiti. Seperti yang disarankan oleh doktor, waktu tidur seorang dewasa lebih kurang 7 hingga 8 jam sehari.

Gangguan Emosi Dan Sosial
Jika anda mempunyai masalah tidur, otak akan mengalami kekeliruan dalam penyampaian ekspresi dan emosi.

Terbukti dalam satu kajian pengecaman wajah yang dijalankan kepada kumpulan tidur yang cukup dan berkualiti dengan kumpulan tidur yang tidak teratur. Mereka yang kurang tidur mempunyai masalah dalam melahirkan emosi dan ekspresi.

Tekanan
Ada kajian yang mengatakan 90% masalah tekanan berpunca daripada kekurangan waktu tidur yang berkualiti.

Jika tidak dikawal, individu yang mengalami tekanan ini akan menjurus kepada membunuh diri dan mengalami masalah insomnia.