Kalau pasangan bergaduh, yang paling banyak bercakap mesti perempuan. Oh, mungkin ada lelaki yang suka bercakap juga tapi golongan seperti ini teramatlah sikit. Tak kiralah pasangan bercinta atau yang sudah berkahwin, kalau gaduh lelaki mesti banyak diam.
Sebenarnya kenapa lelaki berdiam diri kalau bergaduh dengan pasangan? Malas layan? Lagi suka mendengar dari bercakap? Atau bagi peluang perempuan lepaskan marah? Haa, jom tengok kenapa lelaki suka berdiam diri ketika bergaduh dengan pasangan.
Tak Tahu Punca
Betul ke perempuan selalu betul? Tak pernah salah? Tahu tak salah satu sebab kenapa lelaki mendiamkan diri masa bergaduh adalah mereka tak tahu apa punca sebenar. Kadang-kadang gaduh pasal benda lain, tapi cerita pasal benda lain. Untuk tidak menambah kemarahan pasangan, mereka diam untuk cuba memahami.
Buat Bertambah Marah
Bayangkan si isteri tengah marah, si suami pun sama naik marah. Tak ke haru biru rumah tu nanti. Sebab itulah para suami akan mendiamkan diri masa isteri marah. Tak nak keruhkan lagi keadaan, nanti kalau dah buka mulut takut isteri menangis pula. Lebih baik diam jela, kan?
Pendam Rasa Hati
Lelaki akan pendam dulu perasaan diorang. Diorang takkan marah atau tinggikan suara sehingga sampai satu tahap. Jangan buat sampai tahap lelaki marah, nanti menyesal!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TRIVIA KISAH PERCINTAAN QUEEN ELIZABETH BERSAMA PRINCE PHILIP
Pengumuman mengenai kematian Prince Philip mengejutkan ramai orang, hampir seluruh dunia mengetahui berita ini.
Prince Philip dan Queen Elizabeth melayari kisah percintaan hampir 74 tahun. Prince Philip meninggal pada usia 99 tahun di Windstor Castle.
Jom tengok trivia mengenai percintaan mereka!
Keluarga Yang Besar
Mempunyai keluarga besar yang bahagia. Pasangan Diraja ini mempunyai 4 orang anak, 8 cucu dan 10 cicit.
Pertemuan Pertama
Pada tahun 1934, Princess Elizabeth berusia lapan tahun dan Prince Philip berusia 13 tahun berjumpa pertama kali di majlis perkahwinan Princess Marina dan Prince George.
Pertemuan Kedua
Pada 1939, pertemuan mereka ketika Princess Elizabeth berusia 13 tahun dan Prince Philip berusia 18 tahun. Ketika ini Princess Elizabeth membuat lawatan ke Toyal Naval College bersama keluarganya. Prince Philip adalah seorang kadet dalam latihan. Kemudian, selepas lawatan, mereka mula bertukar surat untuk berhubung.
Prince Philip Minta Restu
Bertahun sudah bercinta dan membalas surat, pada 1946 Prince Philip berusia 20 tahun meminta restu daripada King George VI, ayah kepada Princess Elizabeth untuk berkahwin dengan anak perempuannya.
Seterusnya, Prince Philip membuatkan cincin emas khas untuk kekasih hati dan menambah berlian daripada tiara ibunya. Pembuat cincin tersebut adalah Philip Antrobus. Tidak lama selepas itu, pasangan ini bertunang selepas menyambut hari kelahiran Princess Elizabeth.
Berkahwin
Pasangan ini berkahwin pada 1947 ketika Prince Philip berusia 26 tahun dan Princess Elizabeth berusia 21 tahun. Majlis perkahwinan berlangsung pada Westminster Abbey.
Majlis perkahwinan tersebut dihadiri oleh 150 tetamu dan disajikan makanan tengah hari di Istana Buckingham. King George VI hanya menganjurkan majlis yang sederhana kerana negara Britain baru pulih dari Perang Dunia II.
Melahirkan Anak
Selepas setahun usia perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Prince Charles Philip Arthur George.
Dua tahun kemudian, mereka menyambut kelahiran kedua dengan seorang puteri, Princess Anne Elizabeth Alice Louise. Ketika ini keluarga Diraja ini menetap di Malta.
Princess Elizabeth Ditabalkan Sebagai Pemerintah Negara
Pada usia 25 tahun, Princess Elizabeth mewarisi tahkta ayahnya. King George VI mangkat pada tahun 1953, seterusnya Princess Elizabeth ditabalkan sebagai Queen Elizabeth II.
Queen Elizabeth II Menyambut Kelahiran Ketiga Dan Keempat
Pada tahun 1960 hingga 1964, Queen Elizabeth II sekali lagi melahirkan anak ketiga iaitu Prince Andrew Albert Christian Edward.
Selang 4 tahun seterusnya, pasangan melahirkan anak keempat, Prince Edward Antony Richard Louis.
Usia Perkahwinan Ke-25
1972, usia perkahwinan pasangan ini sudah 25 tahun. Queen Elizabeth II membuat kenyataan mengapakah beliau memilih Prince Philip sebagai peneman hidup.
“Sekiranya saya ditanya apa pendapat mengenai kehidupan berkeluarga selepas 25 tahun berkahwin, saya dapat menjawab kesederhanaan dan keyakinan yang membuatkan saya melakukannya.”
Usia Perkahwinan Ke-50
Pada 1997, Prince Philip berkongsi apakah perkara yang membuatkan perkahwinan mereka bahagia selama 50 tahun.
“Saya rasa pelajaran utama yang kita pelajari adalah toleransi merupakan satu-satunya unsur penting dalam perkahwinan yang bahagia. Anda boleh lihat pada saya, Queen Elizabeth mempunyai kualiti toleransi yang banyak.”
Prince Philip Bersara Dan Usia Perkahwinan Ke-70
2017, Prince Philip bersara. Sumber dari The New York Times, Prince Philip mengundurkan diri daripada tugas Diraja dan pada yang sama pasangan Diraja ini menyambut ulang tahun perkahwinan ke-70 tahun.
Usia Perkahwinan Ke-73
Pada tahun 2020, usia perkahwinan mereka yang ke-73. Ketika ini, mereka disambut dengan pelbagai jenis kad ucapan daripada cucu-cicit.
Berita Kematian Prince Philip
9 April 2021, berita kematian Prince Philip diumumkan.
“Dengan dukacitanya, Yang Mulia Queen Elizabeth II yelah mengumumkan kematian suami tercinta, Yang Mulia Prince Philip, Duke of Edinburgh pada pagi ini di Istana Windsor”,
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ramai yang merasakan diri sendiri layak untuk berkahwin kerana mampu menyara hidup sendiri dan tidak lagi bergantung pada ibu ayah. Ada juga yang merasakan tidak layak berkahwin kerana masih tidak dapat menguruskan perkara wajib dan tidak reti serba-serbi.
Yang mana satu ni? Masih berbelah bahagi. Masih lagi berfikir. Perlukan pasangan atau bahagia hidup sendirian? Bersedia menjalankan tanggungjawab atau tidak mahu komitmen yang tinggi? Hukan berkahwin terbahagi pada 5. Jom tengok korang dah layak kahwin ke belum.
Wajib Kahwin
Seseorang yang sudah mempunyai keupayaan untuk berkahwin dari segi kewangan, mampu menyediakan nafkah pasangan zahir dan batin. Mampu membayar mahar atau mas kahwin selain daripada menyediakan keperluan isteri dan keluarga. Bukan itu sahaja, pihak lelaki berkahwin tanpa niat untuk menganiaya pasangan. Kepada lelaki yang mampu menyediakan semuanya dan berniat untuk mengelak daripada berzina, korang wajib berkahwin. Selamat berumah tangga!
Sunat Kahwin
Ini adalah paling mudah. Individu yang tidak mahu terlibat dengan maksiat dan zina hukumnya adalah sunat untuk berkahwin. Tapi, jangan gunakan alasan ini untuk kahwin tanpa restu!
Harus Kahwin
Individu yang tidak mahu melakukan zina atau maksiat dan mampu untuk memberi nafkah zahir dan batin kepada pasangan.
Makruh Kahwin
Mampu memberi nafkah zahir seperti kewangan, penyediaan keperluan tetapi mempunyai kelemahan fizikal iaitu tidak mampu memberi nafkah batin kepada isteri. Selain itu, makruh juga jika individu mempunyai kebimbangan jika berlaku zalim terhadap isteri. Untuk pengetahuan anda juga, hukum makruh jika berkahwin pada waktu menghadapi peperangan. Jangan kahwin masa perang ye!
Haram Kahwin
Ini adalah paling mudah difaham. Haram berkahwin jika seorang lelaki tidak mampu menunaikan semua kewajipan terhadap pasangan. Tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin, berniat untuk menzalimi pasangan dan anak-anak. Belajar dan fahami dahulu erti perkahwinan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!