Lelaki Terkejut Jumpa Haiwan Seperti Anak Naga Di Celah Batu
Seorang lelaki menemui haiwan aneh yang tidak dikenali dan tidak pernah dilihat selama ini.
Lebih mengejutkan rupa bentuk haiwan itu seakan-akan anak naga seperti yang ditayangkan dalam filem.
Ketika lelaki ini menemui haiwan itu, cicak tersebut langsung tidak cuba melarikan diri atau bersembunyi.
Namun, ia menggigit ekornya sebelum menggulung badannya menjadi bola dan bergolek untuk melarikan diri.
Cicak ini dikenali sebagai cicak armadillo atau cicak Golden-armadillo. Nama saintifik cicak ini adalah Ouroborus Cataphractus.
Cicak ekor berduri ini adalah spesies cicak dalam keluarga Cordylidae yang mudah dijumpai di kawasan padang pasir di sepanjang pantai barat Afrika Selatan.
Cicak armadillo terkenal dengan postur badan yang tahan lasak. Panjang cicak ini kira-kira 25 cm (10 inci).
Apabila terasa diancam oleh musuh, cicak ini menggulungkan badan seperti bola dan memasukkan ekornya ke dalam mulut.
Walaupun cicak ini memiliki badan yang pelik, ia sering dijadikan sebagai haiwan peliharaan.
Cicak armadillo tidak mengawan terlalu kerap menjadikan ia boleh hidup sendirian tanpa ada pasangan.
Disebabkan hidup sendirian, cicak spesies dari keluarga Cordylidae ini rendah kadar pembiakan dan dilaporkan hanya satu hingga dua ekor sahaja dalam setahun.
Terdapat segelintir manusia yang sanggup manghabiskan duit untuk mendapatkan haiwan unik ini. Beberapa tahun kebelakangan ini, aktiviti menjual cicak armadillo ini sangat aktif.
Walaupun cicak ini kelihatan menakutkan tetapi ia boleh berubah tingkah laku jika sudah biasa hidup bersama manusia.
Tetapi lebih baik jika manusia tidak mengganggu spesies cicak yang terancam ini. Biarkan sahaja haiwan seperti ini hidup tanpa diusik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kepupusan haiwan unik ini mungkin akan menyebabkan ekosistem bumi terganggu.