MUHAMMAD AFWA NAMA ANAKANDA SITI NURHALIZA

Selepas 7 hari, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi nama anak lelakinya yang baru dilahirkan pada 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H.

Perkongsian nama anakanda keduanya melalui akaun Instagram @CTDK, Muhammad Afwa yang membawa maksud keampunan atau kemaafan.

‘Hari ini, 26 April 2021, bersamaan dengan 14 Ramadan 1442H, anakanda saya genap berusia 7 hari.

‘Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan’.

Siti juga menerangkan Afwa melengkapkan Afiyah yang terdapat dalam doa beliau dengan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Perkahwinan Siti bersama suami sejak 2006, dilengkapi dengan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun dan kelahiran putera yang baru dilahirkan.