Rakyat Malaysia Dibenarkan Untuk Tunaikan Umrah Pada 8 Februari

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin membuat kenyataan mengenai penangguhan ibadah umrah kepada rakyat Malaysia bermula 8 Januari 2022 disebabkan penyebaran varian Omicron.

Bagaimanapun, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri mengesahkan bahawa ibadah umrah untuk rakyat Malaysia dibenarkan bermula 8 Februari 2022 akan datang.

Laporan daripada Utusan TV, pihak kabinet melanjutkan penangguhan sebelum ini dan garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) akan diperketatkan serta dibincang dengan lebih terperinci bersama agensi umrah.

‘SOP baru akan dibincangkan bersama agensi pelancongan umrah untuk memastikan jemaah yang pulang dari Tanah Suci dapat pilih di mana mereka perlu kuarantin sementara,’ kata Nancy Shukri.

Datuk Seri Nancy belum dimaklumkan mengenai penerbangan pertama yang membawa jemaah umrah pada 8 Februari ini tetapi agensi umrah yang terlibat sudah dimaklumkan tentang penerbangan tersebut.

SUMBER: LOBAK MERAH