8 TIPS JAGA HUBUNGAN DENGAN KELUARGA MERTUA

Selalu sangat dengar menantu ada masalah dengan keluarga mertua. Bila dengar cerita menantu, selalu keluarga mertua yang salah. Mungkin ada salah dari menantu sendiri juga.

Tak bestkan kalau ada masalah dengan keluarga mertua, rasa tak aman je. Jom tengok tips jaga hubungan dengan keluarga mertua supaya korang rasa macam keluarga sendiri.

Sayang Macam Keluarga Sendiri

Anggap keluarga mertua seperti family korang. Walaupun mereka keluarga baru tapi korang kena hormat, sayang dan terima mereka seadanya. Anggap mereka keluarga sendiri untuk elak rasa kekok, tegang dan konflik. Kenali mereka dan cuba faham cara mereka, okay?

Ikhlas

Tak perlu jadi menantu kesayangan cukup sekadar jadi menantu yang tidak menyakitkan hati. Bila ziarah keluarga mertua, bawa buah tangan. Tolong masak di dapur, berbual atau beli barang bersama. Aktiviti kecil macam ni pun boleh nampak keikhlasan hati korang pada mertua. Jangan balik rumah mertua duduk dalam bilik je guys.

Adab

Jaga adab! Bukan sahaja dengan keluarga mertua tapi dengan semua orang. Tapi dengan keluarga mertua kena extra sebab mereka adalah keluarga baru dalam hidup korang. Jaga percakapan, tingkah laku dan cara gurau takut terlebih pula. Hargai mereka yang sudah menerima korang sebagai menantu.

Luangkan Masa

Bila ada cuti lebih atau masa lapang. Bawa anak korang jumpa mertua. Ibu dan ayah mertua ni sangat seronok jumpa cucu mereka. Korang boleh buat giliran untuk bawa anak korang jumpa atok dan nenek. Barulah adil, kan?

Aktiviti Bersama

Cari waktu terluang untuk melakukan aktiviti bersama. Korang boleh join buat aktiviti kegemaran keluarga mertua. Inilah masanya korang kenali mereka dengan lebih dekat. Manfaatkan masa tersebut untuk membina hubungan dengan mereka.

Berkomunikasi

Walau apa pun berlaku, komunikasi adalah kunci utama dalam hubungan. Bukan sahaja korang dengan pasangan, malah dengan keluarga mertua pun pelu ada komunikasi yang baik. Kalau tak dapat ziarah mereka, telefon untuk tanya khabar. Kan dah banyak aplikasi boleh berhubung, jangan abaikan mereka. Cara ini juga boleh kurangkan masalah salah faham.

Minta Nasihat

Ini khas untuk ibu atau ayah mertua. Sebagai menantu, tak salah minta pendapat atau berkongsi pendapat bersama mertua. Mereka sebenarnya lagi suka bila menantu minta pendapat, bertanya dan membimbing. Baru mereka rasa korang memerlukan mereka.

Sorok Masalah Dari Mertua

Jangan pula sampai jadi fake! Hanya simpan masalah suami isteri dari pengetahuan mertua. Selesaikan antara korang dulu. Jangan libatkan masa rumah tangga dengan keluarga. Biasalah, berkahwin mesti ada masalah. Selesaikan sebaiknya.

.https://www.sahih.com.my