5 CARA ELAK KASUT BERSEPAH DAN CARA SIMPAN YANG BETUL

Kita ada sepasang kaki tapi kita juga banyak kasut! Terutama perempuan, betul tak?

Lepas beli kasut, beli kasut lagi. Bila waktu raya, ada sesetengah tu, bukan sepasang kasut, dari raya pertama sampai raya ketujuh kasut lain-lain!

Kasut overload sampai tak tahu nak simpan macam mana, takkan nak buang, takkan nak jual.

Okay, jom baca cara-cara simpan kasut dengan betul, mana tahu idea ini boleh bantu korang untuk simpan kasut dengan lebih kemas.

Jangan Bersepah Atas Lantai

Jangan biarkan kasut korang bersepah-sepah atas lantai.

Satu, susah nak cari pasangan kasut. Satu lagi nampak tak tersusun, sakit mata tengok! Silap-silap kasut lepas bawah kereta pun tak perasan.

Seeloknya, cari rak kasut yang memudahkan korang letak kasut.

Tak kisah rak jenis terbuka atau tertutup, yang penting bukan atas lantai.

Rel Penyangkut

Kalau rumah korang ada dinding kosong, korang boleh pasang rel penyangkut untuk kasut. Kasut lebih tersusun dan kemas.

Cuma kekurangan rel penyangkut kasut ini, kasut akan terdedah kalau korang tak buat ‘almari’ khas untuk kasut dan hanya kasut bertumit je boleh sangkut.


Kasut flat korang kena simpan cara lain. Tapi kalau korang buat ‘almari’ untuk kasut, tidak menjadi masalah sebab kasut flat boleh simpan di bahagian bawah.

Kotak

Korang boleh simpan kasut dalam kotak kasut tu sendiri atau bekas plastik untuk kasut.

Dua-dua bagus cuma bekas plastik lebih efektif sebab lebih kuat berbanding kotak dan boleh diguna pakai berulang kali.

Susun kotak atau bekas plastik di tepi dinding, nampak tersusun.

Susun Dengan Elok

Susun pun ada cara, contohnya, kasut yang selalu pakai korang boleh letak di bahagian atas untuk senang nak ambil. Yang jarang pakai, letak rak bawah.

Atau susun ikut jenis kasut. Kasut tinggi bahagian atas, selipar di rak bawah sekali, kasut kerja di bahagian tengah.

Ada juga susun ikut warna. Ini selalunya kasut-kasut formal atau kasut bertutup.

Haa kan elok susun macam tu, senang korang nak pilih.

Jimat Ruang & Kreatif

Rak kasut korang dah cukup besar tapi malangnya kasut korang yang terlalu banyak.

Takkan nak beli rak kasut yang lain pula, korang boleh cuba cara ini.

Cara yang kreatif, jimat dan senang nak buat. Korang boleh cari melalui Google atau si YouTube cara buat penyangkut kasut menggunakan penyangkut baju.

Nak lagi senang, ada je hanger kasut yang dijual.