‘Tackle’ Hati Pasangan Sempena Bulan Kasih Sayang

Bagaimana hubungan pasangan suami isteri kekal ‘hangat’ dan seperti baru bercinta? Alang-alang hari ini adalah hari berkasih sayang, jom baca tips untuk kembalikan kemanisan dalam hubungan suami isteri.

‘Kelambu dingin’ adalah istilah kepada hubungan pasangan yang berkahwin mengalami puca pergaduhan dan mungkin boleh menjadi lebih serious apabila hubungan menjurus kepada penceraian.

Sesetengah pasangan tidak melakukan hubungan intim dalam masa jangka yang panjang. Terasa penat, letih, ‘mati pucuk’, dan pelbagai alasan menjadikan hubungan tidak seronok dan bahagia. Bukan sajala yang lama berkahwin, ada yang baru berkahwin juga mengalami masalah ini.

Apakah cara untuk dapatkan perhatian dan mengambil hati pasangan untuk menghangatkan kembali hubungan luaran dan dalaman suami isteri.

Kembalikan Rasa Cinta

Cari penyelesaian, menjadi pendengar yang baik, kongsi masalah dan selesaikan masalah secepat mungkin, jangan tangguh kerana akan menjadi masalah semakin parah.

Perbincangan hati ke hati penting atau lebih seronok jika setiap hari ‘pillow talk‘ dengan pasangan.

Memahami Keadaan Pasangan

Perkara ini bergantung kepada tolak ansur, faham memahami dan kerjasama antara pasangan.

Setiap pasangan perlu bertoleransi antara satu sama lain. Suami mempunyai pandangan sendiri, begitu juga isteri yang mempunyai kehendak sendiri.

Untuk lelaki mungkin berpendapat, mempunyai hubungan intim baru ada rasa kasih sayang dan cinta. Perempuan pula, berpandangan perlukan kasih sayang dan cinta yang cukup baru ada kehangatan untuk hubungan intim.

Jadi, dalam hal ini komunikasi dan perbincangan sangat penting. Bincang dan fahamkan peranan masing-masing.

Sikap Bersama Pasangan

Masalah kesihatan fizikal dan mental sangat penting dalam hubungan kerana ia akan melibatkan hormon libido iaitu hormon yang mempengaruhi seksual. Jika hormon terganggu, kadar keinginan untuk ‘bersama’ akan berkurang.

Ada beberapa punca yang berkaitan masalah hormon libido seperti tekanan masalah di tempat kerja, depresi, sering bersendirian dan pengambilan ubat.

SUMBER: MINGGUAN WANITA