LELAKI SUKA PEREMPUAN YANG LEBIH BERUMUR, TREND ATAU JODOH?

Dahulu perbezaan umur mungkin menjadi isu besar untuk berkahwin, terutama jika perempuan lebih berusia daripada lelaki.

Tetapi zaman sekarang perbezaan umur tidak lagi dijadikan masalah untuk sebuah pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga walaupun jarak perbezaan umur sangat ketara tidak kira sama ada lelaki lebih berusia atau sebaliknya.

Bak kata pepatah, usia hanyalah angka, tidak bermakna peringkat umur dijadikan ukuran kematangan pasangan.

Jom tengok artis lelaki tempatan dan luar negara yang berkahwin dengan pasangan yang lebih berumur. Mana tahu ada lelaki yang terinspirasi dan terbuka hati untuk menerima pasangan yang lebih berusia.

Yusuf Bahrin & Zizi Kirana

Wow, ini antara pasangan pengantin baru untuk tahun ini. Pelakon, Yusuf Bahrin bersama Zizi Kirana yang merupakan pelakon dan penyanyi mendirikan rumah tangga pada 19 September lepas.

Jarak usia mereka 7 tahun. Pasangan ini semakin rapat apabila menghadiri rakaman program All Together Now Malaysia dan hanya berhubung melalui telefon sahaja. Majlis pernikahan yang ringkas dan sangat memberi makna kepada peminat mereka.

Fattah Amin & Fazura

Siapa tidak kenal dengan pasangan ini. Jarak usia mereka yang mencecah 7 tahun membuatkan mereka bahagia, tambah pula diceriakan dengan cahaya mata mereka, Nur Fatima Aisya.

Fazura terbuka hati untuk menerima Fattah Amin sebagai teman hidup kerana melihat personaliti suaminya itu mirip seperti arwah ayah Fazura, Sharifuddin Adnan yang telah meninggalkannya lebih 20 tahun lalu.

Haris Ismail & Neelofa

Pasangan ini juga tidak kurang hebatnya, pelbagai spekulasi yang timbul sebelum diijab kabulkan. Namun, cabaran demi cabaran ditempuhi dengan sabar dan doa, akhirnya pasangan ini berkahwin.

6 tahun perbezaan umur tidak menjadi penghalang untuk pasangan ini. Sekarang dengar cerita, pasangan ini bakal menimbang cahaya mata tidak lama lagi. Semoga semuanya berjalan lancar!

Zain Saidin & Rozita Che Wan

Antara pasangan yang memecahkan tradisi. Perbezaan jarak usia 11 tahun, Zain Saidin dan Rozita Che Wan tidak menghiraukan kata-kata netizen yang mengecam hubungan mereka suatu ketika dahulu.

Kini pasangan ini dikurniakan dengan seorang puteri cantik, Aasiyah Dhia Rania.

Benji Madden & Cameron Diaz

Walaupun Cameron pernah menjalinkan hubungan cinta bersama selebriti lelaki muda, Justin Timberlake tetapi mungkin jodoh sudah tertulis Cameron bersama Benji Madden.

Jarak usia mereka 7 tahun dan hubungan masih kekal hingga kini. Mereka dikurniakan anak perempuan pada tahun 2020 yang dinamakan Raddix.

Gerard Pique & Shakira

Pemain bola sepak dan penyanyi Latin terkenal, mempunyai jarak usia 10 tahun dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Milan dan Sasha Pique Mebarak.

Ryan Gosling & Eva Mendes

Perbezaan jarak usia mereka 6 tahun. Sejak 2011, Ryan dan Eva tidak pernah berenggang tetapi menurut khabar angin hubungan mereka tidak lagi seperti dahulu. Betul ke?

Namun, Eva selamat melahirkan anak pertama, Esmeralda Gosling pada September 2014 dan anak kedua mereka, Amada pada Mei 2016. Harap mereka kekal sampai bila-bila.

Nick Jonas & Priyanka Chopra

Pasanga terkenal ini berkahwin pada Julai 2018. Pasangan yang mendapat perhatian dunia kerana campuran budaya dan baju Priyanka Chopra mendapat pujian ramai.

Jarak usia mereka adalah 10 tahun! Tapi disebabkan cinta, sayang dan jodoh yang kuat mereka membuat keputusan yang gembira.

SUMBER: MAJALAH REMAJA