LAYAN ISTERI MEMBEBEL, OTAK SUAMI JADI LEBIH CEPAT BERFIKIR
Siapa antara pasangan korang suka bercakap? Lelaki atau perempuan? Rata-rata mesti akan cakap perempuan.
Kajian pun sudah keluarkan kenyataan, perempuan lebih banyak bercakap berbanding lelaki dalam satu hari.
Masa bercinta si lelaki layankan je apa yang teman wanita dia cakap, bebel dan berceloteh sepanjang hari. Boleh dikatakan kalau tak dengar teman wanita membebel, terus rasa rindu.
Tapi pelik tak, bila dah kahwin, dengar bebelan isteri ada pula yang merasakan beban dan ‘bising’.
Tahu tak, sebenarnya mendengar bebelan isteri adalah salah satu faktor yang membuatkan otak si suami jadi kreatif dan bijak! Wow! Betul ke ni?
Melayan isteri bercakap atau berleter menjadikan otak si suami jadi geliga. Macam kelakar pula, kan? Mesti ada sebab.
Otak si suami akan menjadi bijak jika mendengar isteri celoteh akan mendatangkan idea-idea baru walaupun perkara yang isteri bebelkan itu, tidak ada kena mengena dengan urusan atau pekerjaan si suami.
Purata menunjukkan seorang perempuan mampu bercakap 20,000 patah perkataan sehari dan lelaki pula hanya 7,000 patah perkataan sahaja.
Jauh betul bezanya, ya.
Oleh itu, mungkin ada ayat si isteri membuatkan suami mendapat idea.
Lebih banyak perkataan yang isteri sampaikan membolehkan si suami memproses perkataan dan lebih cepat berfikir.
Wanita bercakap lebih banyak daripada lelaki menyebabkan kaum hawa ini mampu berfikir 10 kali ganda lebih cepat berbanding lelaki.
Kepada isteri, inilah masanya untuk berceloteh setiap hari untuk membuatkan suami anda berfikir dengan pantas.
Suami pula, janganlah rimas apa yang isteri cakap tu, mungkin ada betulnya. Kalau salah, tolong betulkan, okey?