ISRAEL TUAN RUMAH MISS UNIVERSE 2021 DI BOIKOT

Miss Universe acara tahunan antarabangsa yang disertai wanita cantik seluruh dunia yang diadakan oleh Miss Universe Organization.

Acara ini bukan sahaja menilai dari segi rupa paras dan bentuk badan malah ia mengambil kira dari pelbagai aspek seperti perwatakan, pengetahuan, pendidikan, daya tarikan, nilai kemanusiaan dan macam-macam lagi.

Pertandingan ratu cantik dibatalkan tahun lalu kerana pandemik COVID-19.

Namun pada Mei lepas, Ratu Cantik dari Maxico, Andrea Meza, 26, telah dinobatkan pemenang utama dalam acara yang berprestij yang diadakan di Florida.

Pertandingan ratu cantik siri ke-70 akan datang dirancang untuk berlangsung pada Disember akan datang di Eilat, Israel.

Warganet mula tidak senang dengan khabar itu kerana lokasi pertandingan tidak sesuai dengan acara tahunan yang dinanti-nantikan.

Eilat bandar Palestin yang ditindas oleh warga Israel masih tidak reda sampai ke hari ini tetapi pihak Miss Universe Organization telah mengumumkan lokasi pertandingan tersebut melalui Twitter, Instagram dan laman web rasmi.

Pengguna Twitter dalam negara mula menunjukkan rasa tidak puas hati melalui tweet.

Tidak kurang juga tweet dari kuar negara yang turut tidak berpuas hati dengan lokasi Miss Universe tahun ini.

Presiden Organisasi Miss Universe, Paula M. Shugart berkata Israel tersenarai menjadi tuan rumah selama bertahun-tahun kerana mempunyai kepelbagaian budaya yang dimiliki.

Israel menganjurkan acara tersebut untuk mengeksploitasi negara yang tidak diterima ramai itu dengan tujuan untuk memperjuangkan budaya, agama dan latar belakang sosial.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA