5 IDEA RESEPI DAGING KORBAN UNTUK SEISI KELUARGA

Hari Raya Aidiladha memang kita akan dapat daging korban. Banyak ke sikit ke, In sya Allah mesti dapat. Tapi nak masak apa? Tak ada idea?

Hari raya pertama dan kedua, boleh buat rendang, buat sate atau asas juadah makanan raya seperti biasa.

Kalau dah sampai raya kelima atau seminggu? Sampai tak ada resepi dah nak masak. Takkan nak masak resepi yang sama, apa kata kita tukar sikit dari resepi ‘biasa’ masak kepada resepi ‘luar biasa’ untuk ubah selera sekeluarga.

Daging Black Pepper

Bahan-bahan:
1kg daging lembu
1 biji bawang merah yang dikisar
4 ulas bawang putih yang dikisar
1 1/2 inci halia yang dikisar
1 biji Bawang merah
1 biji cili benggala
Lada hitam yang ditumbuk
Sos lada hitam
Sos tira
Sos cili
Kicap pekat
Minyak masak
Minyak bijan
Gula dan garam
Air

Cara-cara:
1) Perap daging dengan bahan sos.
2) Tumis bahan yang sudah dikisar hingga kekuningan.
3) Masukkan daging yang diperap dengan sos.
4) Masukkan air sedikit bila daging sudah empuk.
5) Masukkan hirisan cili benggala dan bawang merah.
6) Biarkan sehingga daging masak dan sedia untuk dihidang.

Daging Goreng Hitam Manis

Bahan-bahan:
500 gram daging pejal yang dihiris nipis
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
3 bijik cili merah
5cm halia muda
2 biji tomato
1 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap manis
100 ml air
Gula dan garam
Minyak

Cara-cara:
1) Perap daging dengan halia dan bawang putih semalam lebih kurang 30 minit.
2) Goreng daging dengan minyak.
3) Biarkan daging masak, kemudian masukkan sos tiram, kicap manis, bawang besar dan cili merah.
4) Masukkan air dan tomato.
5) Biarkan hingga mesra dan sedia untuk dihidang.

Daging Tumis Tomyam

Bahan-bahan:
1 kg daging
3 sudu besar pes tom yam
5 sudu besar sos cili
2 ulas bawang besar dihiris
1 biji cili benggala dipotong dadu
1 cawan sayur campuran (mix vegetable)
2 sudu besar minyak
3 sudu santan/susu sejat
3 helai daun limau purut

Cara-cara:
1) Tumis pes tomyam hingga naik bau.
2) Masukkan daging, tambah sedikit air untuk daging empuk.
3) Bila air daging kering sedikit, masukkan sos cili, garam dan gula mengikut citarasa.
4) Masuk santan/susu sejat dan limau purut.
5) Masukkan bawang besar dan sayur campuran.
6) Ratakan dan boleh hidang.

Daging Cili Kering

Bahan-bahan perap:
800gm daging yang diperap dengan bahan:
1 inci halia dicincang
2 ulas bawang putih dicincang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Lada sulah/lada hitam

Bahan-bahan:
10 tangkai cili kering yang dicuci dan dipotong
1 ini halia dihiris
Minyak masak
Sedikit air
Sedikit tepung jagung
Garam

Cara-cara:
1) Tumis halia dan cili kering. Selepas masak, simpan di tempat lain. Jika kuali terlalu banyak minyak, kurangkan sedikit.
2) Gunakan minyak yang sama, masukkan daging yang diperap. Goreng separa masak hingga air keluar. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
3) Selepas daging empuk, masukkan tumisan halia dan cili kering, gaul hingga sebati.
4) Untuk tambahan, boleh masukkan hirisan lobak merah, kacang panjang dan daun bawang.

Nasi Bubur Daging

Bahan-bahan:
600gm daging
1 biji bawang besar yang dihiris
Daun sup dan daun bawang
Tauhu goreng dipotong dadu
Lobak masin yang direbus dan dipotong dadu
Bawang goreng
Air
3 sudu besar rempah sup
Minyak masak

Bahan untuk ditumis:
1 batang kulit kayu manis
3 bunga cengkih
2 biji pelaga
1 bunga lawang

Bahan untuk dikisar:
1 ulas bawang besar
4 ulas bawnag putih
1 atau 2 inci halia

Bahan untuk sambal:
10 tangkai cili kering, direbus dan dipotong
2 sudu besar serbuk cili halus
4 ulas bawang putih
Minyak masak
Gula dan garam

Cara-cara buat sup daging:

1) Campur bahan kisar dengan rempah sup, serbuk ketumbar dan sedikit air. Kacau hingga sebati.
2)Tumis bahan tumisan dan campurkan bahan kisar dan rempah sup. Biarkan hingga naik bau.
3) Masukkan daging dan semua bahan. Biarkan meereneh dan daging empuk.
4) Hidangkan bubur nasi bersama sup daging yang dihias dengan tauhu goreng, lobak masin, daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Cara-cara buat sambal:

1) Kisar semua bahan hingga halus.
2) Tumis hingga bahan kisar masak dan masukkan garam secukupnya.