NENEK BERSENAM PAKAI KEBAYA DI GYM

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan, ramai yang tidak melakukan aktiviti luar rumah termasuk bersenam untuk mengawal penyebaran COVID-19.

Tetapi PKP sudah mula dilonggarkan dan membenarkan rakyat melakukan aktiviti luar seperti bersenam, ramai yang mula mengeluarkan peluh termasuk pergi ke gimnasium.

Menjaga kesihatan dalaman badan bukanlah untuk orang muda sahaja, bahkan warga emas juga sangat digalakkan bersenam dan melakukan aktiviti yang meningkatkan kecergasan badan.

Usia bukan penghalang, bersenam membuatkan individu tersebut dapat mengawal gula dalam badan dan tidak mudah diserang penyakit.

Di negara jiran, Jakarta tular seorang nenek pergi ke gimnasium untuk bersenam dan menggunakan peralatan senaman dengan begitu mahir.

Menurut Liputan6.com, video yang tular melalui media sosial TikTok dari akaun @kentangmaksimall nenek tersebut bukan sahaja bersenam malah memakai baju kebaya tradisional ketika melakukan senaman.

Nenek ini juga tidak memakai kasut sukan tetapi dengan keadaan begitu semangat nenek ini tidak luntur sambil mengangkat beban peralatan sukan.

Ramai yang memuji bentuk badan nenek kelihatan ramping dan sihat.

Video tular hingga mencecah 10.6k komen dan 322.1k likes.

Jadi apa alasan anda untuk tidak menjaga kesihatan dan tidak bersenam?