Pandangan Lelaki Mengenai ‘Perfect Body’ Perempuan
Secara lumrahnya, mata lelaki lebih ‘teliti’ berbanding perempuan. Jadi, lelaki lebih mudah tertarik dengan pandangan mereka apabila melihat perkara yang cantik dan sempurna.
Hari ini, mari kita tengok apakah pandangan lelaki mengenai tubuh perempuan yang sempurna di mata mereka.
Bukanlah tujuan untuk seksual tapi hanya menarik pandangan kaum lelaki sahaja.
Kulit
Kepentingan penjagaan kulit sangat perlu diutamakan. Kalau perempuan mempunyai bentuk badan yang sempurna tetapi tidak berusaha untuk menjaga kesihatan kulit, ia adalah salah satu punca ketidaksempurnaan.
Tidak perlu dapatkan kulit cerah atau putih melepak, hanya perlukan kulit yang bersih dan licin.
Kaki
Wow, kaki pun menjadi faktor kesempurnaan badan perempuan di mata lelaki. Kebanyakkan lelaki suka perempuan berkaki panjang, mulus dan licin.
Tapi tidak bermaksud kaum perempuan perlu jaga kesihatan kaki untuk lelaki! Kita semua diwajibkan untuk menjaga kebersihan kaki.
Punggung
Untuk dapatkan saiz punggung yang ‘sihat’, perempuan perlu rajin melakukan senaman untuk ‘menaikkan’ punggung.
Pakai seluar jeans nampak lebih menarik atau memakai seluar bersaiz besar juga akan menampakkan punggung lebih pejal.
Perut
Tidak semestinya perlu perut rata kerana perempuan memang dikurniakan perut yang agak bulat dan comel! Kebanyakkan lelaki tidak terlalu fokus kepada perut, ia hanya bergantung kepada seseorang perempuan.
Ada lelaki yang suka perempuan mempunyai otot perut atau ada juga yang sukakan perempuan yang perut ‘biasa-biasa’ sahaja.
Yang penting jaga kesihatan perut dan badan anda!
Ada Curve
Boleh dikatakan impian semua wanita untuk dapatkan badan bentuk ‘jam pasir’ atau ‘botol Coke’. Bentuk badan ‘jam pasir’ bermakna bahagian atas besar, bahagian pinggang kecil dan besar di bahagian bawah.
Bentuk badan seperti ini sangat cantik jika memakai baju dan menampakkan pinggang lebih tinggi.
Lelaki akan nampak pada bahagian atas dan pinggang. Jadi, lengkuk badan adalah point utama kepada lelaki.
Pembedahan
Zaman sekarang ramai perempuan buat pembedahan untuk dapatkan badan yang diinginkan. Terutama bedah bahagian payudara untuk mendapatkan saiz yang dapat perhatian ramai.
Kaum perempuan perlu tahu, bahawa tidak semua lelaki sukakan saiz payudara yang besar, ramai juga yang sukakan saiz yang sederhana dan kecil!
Jangan terkejut ya, ia bergantung pada taste seseorang itu.