10 FAKTA ‘BEST’ SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020

Sukan Olimpik yang berlangusng empat tahun sekali dan kali ini diadakan di Tokyo.

Sepatutnya temasya musim panas ini diadakan pada tahun lepas tapi memandangkan penularan virus COVID-19 semakin tinggi, sukan yang diminati ramai ini terpaksa ditunda pada tahun ini.

Banyak persiapan tuan rumah untuk menyambut atlet-atlet yang datang dari lebih 200 negara yang bersedia memperjuangkan kemahiran dan kehebatan dalam acara masing-masing.

Sepanjang persiapan, sudah ramai yang menjangkakan kehebatan Tokyo menyediakan kemudahan kepada tetamu dengan meilhat proses yang dilakukan sebelum acara perasmian bermula.

Jom tengok fakta best Tokyo yang menjadi tuan rumah kali kedua dalam sukan Olimpik musim panas.

Sukan Olimpik Ditunda

Sepatutnya sukan Olimpik di Tokyo dijadualkan antara 24 Julai dan 9 Ogos 2020.

Namun terpaksa ditunda kerana menularan COVID-19 di seluruh dunia semakin meningkat.

Tarikh baru diumumkan antara 23 Julai dan 8 Ogos 2021 membuatkan sukan Olimpik pertama kali ditunda sejak 124 tahun berlangusng.

Walau bagaimanapun, suka Olimpik yang diadakan ini tidak membenarkan penonton hadir menyaksikan semua sukan yang dijalankan untuk memastikan langkah pencengahan dan protokol kesihatan dilaksanakan secara ketat demi keselamatan atlet dan bagi mereka yang terlibat.

Tuan Rumah Kali Kedua

Bukan sekali bandar Tokyo, Jepun menjadi tuan rumah sukan Olimpik, malah pada tahun ini Tokyo menjadi tuan rumah kali kedua.

Kali pertama Tokyo menjadi tuan rumah sukan Olimpik pada tahun 1964.

Pada tahun 1972 dan 1998, bandar Sapporo dan Nagano menjadi tuan rumah untuk temasya Olimpik musim sejuk.

Stadium National Tokyo

Stadium National Tokyo yang direka oleh arkitek tempatan, Kengo Kuma bertemakan bumi dan alam sekitar.

Kuma menggunakan motif kayu-kayuan dalam pembinaan stadium yang memerlukan lebih 70,000 kaki kayu balak yang datangnya dari 47 wilayah.

Kapasiti stadium tersebut boleh mencecah 60,000 tempat duduk penonton dan menjadikan lokasi acara perasmian dan penutupan sukan Olimpik.

Pingat

Apa yang lebih mengujakan adalah pingat anugerah sukan Olimpik dan Paralimpik sepenuhnya dihasilkan dari sisa elektronik yang dikitar semula.

Pertandingan reka bentuk pingat dijalankan pada tahun 2017 dan dimenangi oleh Junichi Kawanishi.

Reka bentuk pingat disiapkan pada 24 Julai 2019 yang memerlukan lapan tan logam dikumpul untuk menghasilkan pingat.

Katil Kadbod

Kemudahan yang pelbagai disediakan oleh tuan rumah untuk keselesaan para tetamu.

Konsep yang bertemakan bumi dan alam sekitar diketengahkan untuk mengurangkan pembaziran selepas temasya tamat.

Katil kadboad juga boleh dikitar semula dan katil kukuh menampung berat hingga 200 kg.

Podium

Podium dihasilkan menggunakan plastik post-consumer yang boleh digunakan semula selepas sukan Olimpik berakhir.

Dikatakan 100% daripada tenaga boleh baharu untuk menghasilkan podium kitar semula.

Robot Di Lapangan Terbang

Jepun memang pakar mencipta robot, sukan Olimpik kali ini menyediakan pelbagai teknologi canggih untuk digunakan sebagai penyambut tetamu dari seluruh dunia.

Tetamu yang sampai di lapangan terbang akan menggunakan peranti pengesan muka yang lengkap dengan kamera dan mikrofon.

Untuk memudahkan atlet, alat pembantu membawa bagasi turut disediakan.

Selain itu, kereta tanpa pemandu digunakan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Perkara yang membuat orang ramai terpegun adalah pada majlis pembukaan, Jepun melancarkan hujan meteor buatan manusia yang membuatkan ramai kagum dengan kehebatan teknologi mereka.

Sukan Baharu Dipertandingkan

Sukan besbol tidak disenarai dalam acara sukan Olimpik pada tahun 2012 dan 2016.

Jepun mempunyai pasukan besbol yang sangat bagus dan rekod kajayaan yang banyak menyebabkan negara itu memutuskan untuk kembalikan acara tersebut dalam senarai sukan yang bakal dipertandingkan.

Sukan Olimpik di Tokyo menampilkan 33 rekod dan 399 acara.

Lima sukan baharu akan dipertandingkan di temasya ini termasuk bola keranjang, karate, papan selaju, sukan memanjat dan sukan luncur.

Pasukan Pelarian

Kali pertama pasukan pelarian menyertai sukan Olimpik pada tahun 2016 di Rio, Brazil.

Kini Pasukan pelarian seramai 29 atlet menyertai 12 acara sukan temasya ini mewakili pasukan IOC Refugee Olympic (EOR).

Penyertaan Jantina Seimbang

Buat pertama kali penyertaan atlet wanita dan lelaki seimbang.

49% atlet wanita menyertai sukan Olimpik pada kali ini.

Pada Hari Wanita Antarabangsa, IOC peruntukan kuota penyertaan atlet wanita dan menjadikan penyertaan atlet sukan pertama yang disertai oleh kedua-dua jantina dengan adil.

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) mewajibkan sekurang-kurangnya setiap acara diwakili seorang atlet lelaki dan seorang atlet wanita.

Selain itu, NOC perlu mewakilkan seorang atlet lelaki dan seorang atlet wanita untuk membawa bendara negara masing-masing semasa majlis perasmian dijalankan.

SUMBER : ASTRO AWANI