4 PERKARA PENTING APABILA NEGARA MASUK FASA ENDEMIK

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan Malaysia bakal memasuki fasa endemik Covid-19 pada hujung bulan Oktober ini.

Fasa endemik akan bermula sekiranya 80 peratus orang dewasa lengkap mendapatkan dos vaksin.

Apakah Maksud Endemik?

Endemik membawa maksud penyakit atau wabak yang sentiasa ada di satu kawasan, daerah atau lebih besar adalah sebuah negara.

Sebagai contoh, penyakit malaria yang pernah menyerang benua Afrika secara berleluasa adalah antara endemik yang melibatkan seluruh dunia.

Negara yang terlibat dengan penyakit malaria ini adalah Republik Congo, Madagascar dan Peru.

Ini bermakna fasa endemik bukanlah bermaksud virus sudah tamat tetapi kita sebagai penduduk terpaksa hidup dengan virus ini.

Kita perlu berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada sepanjang fasa endemik ini.

Apakah perkara yang perlu kita mengambil berat untuk persediaan menghadapi fasa endemik Covid-19?

Jangkitan Akan Berlaku

Disebabkan kita akan hidup bersama virus Covid-19 ini, wabak ini akan sentiasa ada dalam udara dan di mana-mana.

Jangkitan wabak Covid-19 akan tetap berlaku cuma jika bernasib baik, pesakit akan sihat seperti sedia kala atau akan berlaku kematian akibat jangkitan yang teruk.

Jika setiap orang sudah lengkap divaksin, besar kemungkinan kadar jakitan dan kadar kematian adalah rendah.

Antibodi Meningkat Daripada Jangkitan Virus

Sedar tidak sedar, mungkin ada antara kita pernah dijangkiti virus ini tanpa ada simptom.

Mungkin sekadar demam biasa, atau mungkin disahkan positif Covid-19 tetapi disebabkan ada varian dalam badan yang menyebabkan antibodi kuat, maka jangkitan tidak melarat.

Sistem pertahanan dalam tubuh badan kuat, tidak semestinya individu tersebut tidak dijangkiti tetapi sistem badan bergerak sebagai satu sistem menyebabkan badan terselamat kecuali individu tersebut mempunyai penyakit kronik.

Kes Akan Meningkat Jika Tidak Mengamalkan SOP

Walaupun negara memasuki fasa endemik, Prosedur Operasi Standard (SOP) wajib dipatuhi di mana anda berada.

Jaga jarak dengan orang ramai, memakai pelitup muka, basuh tangan guna sabun dan pastikan pakai cecair pembasmi kuman sentiasa.

Fasa endemik bukanlah ‘lesen’ orang ramai untuk tidak mengamalkan SOP kerana masih ada jangkitan virus boleh berlaku.

Tingkatkan Sistem Daya Tahan Badan Dan Amalkan Gaya Hidup Sihat

Sistem badan individu yang menentukan seseorang tersebut boleh bertahan atau tidak sekiranya dijangkiti virus Covid-19.

Antibodi adalah sebahagian kecil daripada sistem pertahan badan yang boleh turun dan naik.

Selepas dicucuk vaksin, antibodi secara automatik akan naik dan menahan tubuh daripada virus menjadi lebih teruk.

Selain daripada mengambil vaksin, pastikan pengambilan makanan adalah betul, tidur yang cukup, kawal tekanan dan lakukan aktiviti fizikal yang mampu kekalkan kesihatan badan.