DBP MALAYSIA PILIH DR.MALAR JADI WAJAH HADAPAN MAJALAH
Siapa rajin baca research perubatan doktor-doktor mengenai wabak yang tengah melanda dunia? Susah nak faham, panjang pulak tu. Mungkin ada tapi tak ramai.
Siapa yang rajin baca semua research tu, korang memang power! Jangan pula anggap yang tak suka membaca ni tak ada ilmu, sebenarnya ada banyak cara lain untuk dapatkan informasi yang sahih.
Kenal tak Dr. Malar? Dr. Malar ni adalah salah satu doktor yang memberi informasi mengenai kesihatan dan mesej perubatan dengan cara yang menarik dan mudah faham.
Ramai yang suka mendengar keterangan Dr.Malar yang sangat bersahaja, ringkas, mudah faham dan penggunaan bahasa santai.
Melalui Tweet Dr.Malar, @celotehdrmalar memberitahu Dewan Bahasa dan Pustaka telah memilih dia menjadi wajah hadapan majalah edisi September.
My FIRST ever magazine cover – Dewan Bahasa dan Pustaka edisi September !! 😇😇
— celotehdrmalar (@celotehdrmalar) August 16, 2021
Terima kasih kepada @DBPMalaysia kerana memilih saya. Terharu bila niat saya nak kongsi ilmu secara santai, sebenarnya menarik perhatian beberapa pihak, sesungguhnya saya tak sangka langsung. pic.twitter.com/6AqeTA3YhN
Dalam Tweet tersebut, Dr.Malar melahirkan rasa terharu kerana niatnya hanya ingin berkongsi ilmu secara santai tetapi telah mendapat perhatian beberapa pihak.