DOS PENGGALAK ELAK COVID-19 MENINGKAT

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menasihati individu yang belum dapatkan suntikan dos penggalak COVID-19 perlu dapatkan segera kerana jangkitan kes virus itu semakin meningkat.

‘Dapatkan suntikan cepat, jika anda belum berbuat demikian. Jika anda berisiko tinggi dan status positif COVID-19 dapatkan Paxlovid’, katanya.

Beliau menyarankan kepada rakyat Malaysia yang belum terima suntikan, dapatkan Paxlovid iaitu ubat antiviral di fasiliti Kementerian Kesihatan bagi merawat pesakit COVID-19 yang bergejala ringan dan sederhana (kategori dua dan tiga).

Khairy berpesan rakyat Malaysia perlu memakai pelitup muka apabila berada di kawasan tertutup atau sesak dan amalkan juga kaedah TRIIS (uji, lapor, asingkan, maklumkan dan dapatkan).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun dos penggalak tidak diwajibkan kepada semua tetapi ia penting bukan sahaja untuk elak positif COVID-19 malah dos tersebut dapat membantu hadapi varian baharu terutama Omicron BA.5 yang lebih mudah tersebar.

Dilaporkan tujuh juta rakyat Malaysia belum menerima dos penggalak COVID-19 setakat ini.

SUMBER: BERNAMA