6 TIPS UNTUK RUMAH BERKONSEPKAN MODEN

Seronok menghias dan dekorasi rumah mengikut citarasa sendiri. Ada yang suka bertemakan rumah klasik, minimalis, penuh dengan hasil seni, tradisional, moden dan macam-macam lagi.

Hari ini, kita fokuskan kepada rumah bertemakan moden yang menjadi pilihan zaman sekarang dengan masukkan sedikit unsur teknologi canggih.

Cara paling mudah kita boleh mengambil juruhiasan dalaman profesional untuk bantuan dalam menyusun perabot dan sebagainya.

Tapi apa kata, kita cuba hias rumah dengan hasil tangan dan kreativiti sendiri.

Tapi harus ingat, elakkan 6 perkara ini untuk menghias rumah berkonsepkan moden, takut lari dari konsep tak jadi pula konsep rumah tu.

Pencahayaan

Untuk rumah yang bertemakan moden dan minimalis memang perlu menjaga sistem pencahayaan dalam rumah.

Rumah bertemakan moden, jangan sesekali menggunakan lampu mentol yang cahaya kekuningan.

Kesan lampu mentol akan menjadikan ruang lebih kecil dan sempit.

Seeloknya guna lampu berwarna putih atau letakkan lampu sudut untuk menyerlahkan lagi kawasan yang akan dapat perhatian.

Langsir

Ini wajib untuk konsep moden. Sila pilih langsir panjang!

Langsir panjang atau labuh hingga mencecah lantai menampakkan ruang lebih tinggi.

Warna langsir juga perlu cerah, jangan takut untuk memilih langsir berwarna putih kerana langsir putih membenarkan cahaya luar memasuki ruang, secara automatik konsep moden anda memberi kesan yang cantik pada hiasan dalaman.

Karpet

Pemilihan warna karpet perlu sesuai dengan tempat yang akan di letakkan.

Jangan memilih karpet yang mempunyai corak ‘berat’ dan warna ‘tua’.

Cari karpet yang kurang corak dan warna yang sesuai dengan ruang.

Rak Buku

Kalau anda seorang ulat buku, mesti rak buku akan menjadi salah satu perhiasan wajib di rumah untuk menyusun buku-buku kegemaran anda.

Elak memilih rak buku berwarna gelap kerana ia menampakkan rumah anda sedikit ‘tua’ dan mudah nampak berhabuk.

Tips untuk nampak rak buku sentiasa kemas, jangan letak buku yang sudah dibaca, susun buku kegemaran atau buku yang tidak dibaca lagi.

Selebihnya simpan dalam kotak bertutup atau berikan kepada sumber yang sepatutnya.

Hiasan Buluh

Ya, anda boleh masukkan sedikit elemen semula jadi untuk rumah bertemakan moden.

Perhiasan buluh menjadi salah satu elemen penting untuk nampak ruang selesa.

Perhiasan buluh seperti tirai, lampu hiasan atau batang buluh sentiasa menjadi pilihan.

Hiasan Kraftangan

Jangan letak hiasan kraftangan pada ruang rumah yang bertemakan moden kerana akan menjadi ‘gangguan’ pada konsep yang anda tetapkan.

Walaupun hobi anda menghasilkan kraftangan atau mengait, pastikan hasil tangan anda tidak mengganggu hiasan moden.