8 PESAWAT PELIK UNTUK KEGUNAAN PERANG YANG PERNAH DICIPTA

Kepada mereka yang suka melancong mesti sudah tidak hairan menaiki kapal terbang atau pesawat.

Ada juga orang yang jadikan melancong aktiviti tahunan malah ada yang buat sebagai aktiviti bulanan tidak kisah dalam atau keluar negara. Walaupun melancong dalam negara, tak salah kalau menaiki kapal terbang atau pesawat janji bajet cukup!

Sejak Wright Brother berjaya menerbangkan pesawat mereka pada tahun 1903, zaman semakin maju dengan mempunyai teknologi yang tinggi pesawat diubah suai mengikut keperluan dan kemudahan yang ada.

Sebelum dunia mempunyai kapal terbang untuk tujuan pelancongan dan pesawat canggih, berteknologi tinggi dan memberi kemudahan kepada orang ramai, pesawat Wright Brother menjadi rujukan untuk jadi pesawat peperangan termasuk perang dunia.

Pelbagai pesawat dicipta sebagai percubaan untuk mencapai tahap yang maksimum.

Jom tengok 8 pesawat unik dan pelik yang pernah dicipta.

Kettering Bug

Kettering Bug adalah pesawat tanpa pemandu yang pertama dicipta.

Pesawat yang diperbuat daripada kayu berukuran 12 kaki panjang dan 15 kaki lebar yang dihasilkan oleh Ford boleh terbang hingga 120 km.

Pesawat Kettering Bug adalah projek rahsia kerajaan Amerika yang dijalankan oleh Orville Wright dan Charles. F. Kattering pada tahun 1918.

Tujuan pesawat tanpa pemandu ini dicipta untuk menjatuhkan bom di kawasan perang atau kawasan pengkalan musuh.

Mungkin drone yang terhasil pada hari ini adalah insipirasi dari pesawat Kettering Bug.

Video Pesawat Kettering Bug

Stipa Caproni

Pesawat eksperimen dari Itali dibina oleh Luigi Stipa dan Caproni pada tahun 1930-an.

Pesawat yang comel berbentuk tong ini dibina untuk kegunaan tentera.

Namun Regia Aeronautica (Tentera Udara Diraja Itali) menolak pesawat ini.

Video Pesawat Stipa Caproni

VZ9 Avrocar

Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat cuba mencipta piring tebang seperti ‘UFO’.

VZ-9 Avrocar adalah pesawat VTOL jentera hovercraft yang pertama pernah dibina.

Pembinaan pesawat ‘UFO’ ini dihentikan kerana mempunyai banyak isu teknikal yang serius.

Oleh itu, pesawat VZ9 Avrocar tidak digunakan oleh pihak tentera.

Video Pesawat VZ9 Avrocar

Aerocycle HZ-1

Pada pertengahan tahun 1950-an, Aerocycle HZ-1 dicipta oleh syarikat de Lackner Helicopters menjadi pemantau bagi Tentera Amerika Syarikat.

Aerocycle HZ-1 dikenali sebagai YHO-2 atau DH-5 Aerocycle adalah menjadi helikopter peribadi orang Amerika.

Walau bagaimanapun, pesawat ini agak bahaya dari segi keselamatan dan terlalu terbuka kepada juruterbang tanpa pelindungan yang baik kerana juruterbang berdiri di atas bilah kipas yang sedang berputar laju.

Video Pesawat Aerocycle HZ-1

Kaman K-16

Pesawat yang diberi nama Kaman K-16 dibina pada tahun 1954 oleh syarikat Kaman Aircraft oleh Charles Kaman pada tahun 1945.

Pesawat ini untuk Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1959.

Pesawat Kaman K-16 direka khas untuk mendarat atas permukaan air dan darat.

Walaupun begitu, Tentera Laut Amerika Syarikat tidak menggunakan pesawat khas ini dengan kerap.

Bartini Beriev VVA-14

Sebuah pesawat yang diasaskan oleh seorang lelaki kelahiran Itali, Robert Bartini yang digunakan oleh Kesatuan Soviet pada tahun 1970-an direka dengan keistimewaan berlepas dari permukaan air dan terbang dengan kelajuan tinggi dengan jangka masa yang lama.

Pesawat Bartini Beriev VVA-14 atau nama sebenarnya adalah Vertikaľno-Vzletayushchaya Amfibiya (Pesawat Amfibia Apungan Vertikal) sangat efisyen terbang atas permukaan air dengan menggunakan kesan daripada aerodinamik.

Tujuan pesawat ini dicipta untuk memusnahkan kapal selam Polaris milik Tentera Luat Amerika Syarikat.

Namun, setelah kematian Bartini pada tahun 1974, projek pesawat ini tergendala dan hampir dibatalkan.

Pesawat Bartini Beriev VVA-14 yang terakhir berkhidmat pada tahun 1987 dan kini pesawat yang penuh sejarah ini berada si Muzium Tentera Udara Soviet.

Video Pesawat Bartini Beriev VVA-14

Aerodyne

Alexander Lippisch seorang pelarian Nazi mencipta pesawat atas nama Kementerian Pertahanan Jerman Persekutuan.

Pesawat dicipta untuk membantu Amerika Syarikat untuk peperangan dan penerbangan pertama pesawat Aerodyne pada September 1972.

Video Pesawat Aerodyne

Rotary Rocket Roton

Rekabentuk pesawat ini agak pelik dan unik, ia memanjang ke atas dan seadakan jidal, alat kegunaan menjahit.

Rotary Rocket Roton dicipta oleh Gary Hudson dan Bevin McKinney pada tahun 1990-an.

Bentuk pesawat pelik yang dicipta ini bertujuan mengurangkan kos melancarkan muatan ke orbit.

Pesawat Rotary Rocket Roton mempunyai empat bilah pemutar yang diameter besar dan setiap bilah terdapat ‘enjin’ yang diletakkan secara strategik pada setiap hujung bilah kipas pesawat.

Video Pesawat Rotary Rocket Roton