PRAMUGARI EMIRATES BERDIRI DI PUNCAK BANGUNAN TERTINGGI DI DUNIA

Pramugari syarikat penerbangan Emirates Airlines berdiri di puncak bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa tanpa rasa gentar sempena mempromosikan Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas negara tersebut dimasukkan dalam senarai hijau United Kingdom (UK).

Nicole Smith-Ludvik adalah penerjun payung terjun (skydiver) berdiri di atas platform kecil Burj Khalifa yang berketinggian 829.6 sambil memegang papan yang tertulis ‘Moving the UAE to the UK amber list has made us feel on top of the world. Fly Emirates, fly better‘.

Video rakaman Nicole Smith-Ludvik berdiri di puncak sambil mempromosi negara itu dengan menggunakan helikopter dan dron untuk memberitahu seluruh dunia perjalanan ke UK akan menjadi lebih mudah selepas 8 Ogos 2021.

Perjalanan dari UK ke Dubai sebelum ini ditangguhkan sejak awal tahun.

Pejabat Luar UK mengeluarkan negara Timur Tengah itu daripada senarai merah kepada senarai hijau sekali gus memberi makluman kepada pelancong yang sudah lengkap menerima vaksin COVID-19 tidak perlu kuarantin selepas pulang dari UAE.

Personaliti media sosial itu juga berdiri di puncak Burj Khalifa tanpa menggunakan tali atau alatan keselamatan.

Nicole Smith-Ludvik sampai ke puncak bangunan tersebut menggunakan akses tangga kecemasan yang digunakan oleh pekerja penyelenggaraan dan turun menggunakan helikopter.

SUMBER : UTUSAN