GIVE AWAY HASIL SENI BUNGKUSAN BTS MEAL KEPADA ARMY

Sejak McDonald’s keluarkan BTS Meal, ramai peminat K-POP beratur untuk mendapatkan set menu yang menjadi pilihan boyband yang digilai ramai itu.

Sehingga bungkusan makanan yang dikatakan edisi terhad peminat-peminat BTS simpan untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi.

Set BTS Meal adalah McNuggets Ayam 10 keping, kentang goreng saiz sederhana dan air berkarbonat. Istimewa menu ini adalah sos yang diilham dari McDonald’s Korea Selatan iaitu cili manis dan sos perisa Cajun.

Bekas bungkusan makanan BTS Meal menjadi rebutan sehinggakan ada individu yang menjual semula dengan harga yang tinggi berbanding harga asal set yang dijual.

Lain pula dengan personaliti media sosial, Mohd Nasrul Faiz Abu Azal atau akaun Instagramnya @faizdickievp yang menghasilkan lukisan dengan menggunakan bungkusan makanan menu popular itu.

Faiz Dickie telah berkongsi hasil lukisannya di akaun Instagram pada 1 Jun lalu dan mendapat tontonan sebanyak 130 ribu.

Tajuk lukisan tersebut Army of The Galaxy mendapat sambutan yang tidak dijangka terutama daripada peminat setia BTS.

Perancangan awal Faiz akan menjual lukisan tersebut kepada Army BTS dengan harga serendah RM50 hingga mencapai harga bersesuaian dan bercadang untuk menyalurkan hasil jualan kepada mereka yang memerlukan.

Walau bagaimanapun, Faiz bertukar fikiran tidak menjual hasil seni BTS malah memberikan lukisan tersebut secara percuma kepada salah seorang pengikutnya di Instagram.

Idea ini tercetus apabila memandangkan pada musim pandemik setiap orang memerlukan wang ringgit dan tidak boleh menggunakan ke arah perkara yang tidak penting.