Tips Pakai Pemerah Pipi Ikut Bentuk Muka
Ramai perempuan yang suka bersolek. Masing-masing ada teknik tersendiri. Ada yang hebat melukis kening, ada yang pakar dalam pemilihan lipstick, ada yang pandai blend contour.
Ada juga yang tak reti nak pakai blusher. Blusher digunakan untuk menampakkan pipi kemerahan, manja dan segar. Tapi ada yang tak berani pakai blusher sebab takut nampak macam badut, terlalu merah macam ditampar, ada juga tak pakai sebab tak nak nampak over. Sebenarnya pakai blusher ni bukan setakat pergi event je, korang boleh pakai setiap masa cuma kena tahu cara apply mengikut bentuk muka supaya tidak nampak pelik.
Struktur muka yang berbeza memerlukan teknik blend yang berlainan. Jom tengok teknik memakai blusher yang betul untuk nampak lebih comel dan malu-malu gitu.
Muka Bujur
Muka lonjong atau oval perlu sapu blusher arah ke atas hujung pipi untuk nampakkan muka lebih lebar dan seimbang.
Muka Bulat
Yang muka bulat akan menampakkan struktur muka lebih luas. Jadi, untuk mengecilkan muka dan nampak halus, sapu blusher korang ke arah tepi pipi supaya tulang pipi lebih jelas. Barulah nampak muka runcing!
Muka Bersegi
Cara pakai blusher untuk korang yang mempunyai muka segi empat pula, naikkan tulang pipi dengan sapu blusher ke atas hujung kening.
Muka Bentuk Hati
Memiliki bentuk muka love ni selalunya runcing di dagu. Naikkan pipi dengan pemerah ke hujung mata.
Extra tips untuk korang, untuk memudarkan sedikit warna kemerahan pipi tu, gunakan foundation di tempat yang terlebih merah. Jangan padam guna air atau make up remover nanti banyak pula kena touch up. Hati-hati ya!