BERHENTI MEROKOK MEMANG SUSAH, JOM CUBA CARA INI PULA

BERHENTI MEROKOK MEMANG SUSAH, JOM CUBA CARA INI PULA

Rata-rata perokok cakap, untuk berhenti merokok adalah perkara yang susah nak buat. Walaupun dengan kurangkan merokok dalam satu hari. Kiranya siapa boleh kurangkan merokok satu hari pun kira baik dah.

Sebenarnya semua bergantung pada diri sendiri. Kalau betul-betul nekad nak berhenti merokok, pasti tiada alasan untuk ke arah kebaikan. Okay, di sini ada tips yang boleh membantu korang untuk kurang dan berhenti dari merokok.

Habiskan Masa Dengan Keluarga

Merokok bukan sahaja bahaya pada diri sendiri tapi paling bahaya kepada orang sekeliling. Secondhand smoke iaitu orang terdekat dengan korang akan mendapat sisa asap basi selepas korang merokok. Walaupun mereka tak merokok, tapi risiko dapat masalah kesihatan sangat tinggi. Untuk elakkan merokok dan buang masa, korang boleh bersama isteri dan anak-anak. Masa merokok korang tu habiskan dengan keluarga.

Puasa

Bagi orang Islam, setiap tahun ada bulan puasa. Puasa pada bulan Ramadan adalah wajib. Jadi mahu tak mahu, kena puasa ye! Tapi kepada yang nak berhenti merokok, jangan puasa pada bulan Ramadan sahaja.

Korang boleh puasa bila-bila masa. Sambil nak berhenti merokok, dapat juga pahala puasa sunat. Dua kebaikan dalam satu masa. Tak rugi tau! Jadi kalau dah selalu puasa, dapatlah kurang perasaan nak merokok, secara automatik sistem badan pun semkain imune dengan tidak merokok.

Aktif

Aktif bukan sahaja dari segi bersukan. Korang boleh melakukan apa-apa aktiviti sihat. Tanam pokok ke, jalan-jalan ke atau cuba benda baru untuk alihkan perhatian korang yang nak merokok tu. Tapi pastikan masa buat aktiviti tak ada rokok di tangan ya.

Reward

Sekotak rokok harganya mahal. Kalau selama ini duit korang habiskan untuk sekotak rokok, apa kata setiap kali rasa nak beli rokok, korang simpan duit tu dalam tabung. Cukup sebulan mesti dan banyak duit tabung korang. Boleh beli hadiah untuk diri sendiri yang berjaya menahan nafsu merokok.

https://www.sahih.com.my