KENAPA PERLU BERCUKUR DAN PERKARA HARAM KETIKA BERCUKUR
KENAPA PERLU BERCUKUR DAN PERKARA HARAM KETIKA BERCUKUR
Semua orang bercukur, tak kira lelaki atau perempuan. Hukum bercukur adalah sunat bagi agama Islam.
Bercukur diharuskan dengan menggunakan kaedah bergunting, cabut atau jenis cecair kapur yang disapu pada kulit untuk gugurkan bulu.
Bercukur adalah penting bertujuan supaya tiada kuman, tiada kutu atau tungau yang hidup di kawasan yang mempunyai bulu. Selain itu, jika dibiarkan penyakit dalaman lain akan hingap dan masalah bau.
Dalam agama Islam, tidak membenarkan bulu pada bahagian tertentu dibiarkan melebihi 40 hari. Bulu yang dimaksudkan adalah di ketiak dan kemaluan. Sebagai umat Islam, perlu bercukur dalam masa 40 hari.
Untuk cukur pada bahagian muka, diharuskan bagi wanita bercukur sekiranya mempunyai bulu misai atau janggut seperti lelaki. Kepada kaum lelaki, cukur misai dan janggut juga diharuskan.
Walaupun bercukur adalah perkara yang baik, tetapi ada perkara haram ketika bercukur. Haram bercukur di hadapan orang lain. Perempuan tidak boleh bercukur di hadapan perempuan dan begitu juga sebaliknya.
Perkhidmatan bercukur atau hilangkan bulu sudah banyak di pasaran, tetapi sebagai beragama Islam, menyuruh orang lain cukurkan bulu adalah haram.
Bila semua dah faham, mulai sekarang rajin-rajinlah cukur ye.
Ingat, dalam masa 40 hari.