5 ALASAN KENAPA MASIH MARAH PADA EX

5 ALASAN KENAPA MASIH MARAH PADA EX

Putus cinta memang perkara yang berat untuk dilalui. Setiap orang perlu merasakan sakit putus cinta sekurang-kurangnya sekali untuk belajar supaya lebih kuat satu hari nanti.

Dalam tempoh untuk sembuh, memang macam-macam dugaan dan halangan untuk melupakan seseorang. Terlalu susah sebab sentiasa teringat kenangan dulu. Tapi perasaan marah dan geram selalu ada dalam hati walaupun dah lama ditinggalkan.

Cara Berpisah

Setiap orang mempunyai cara putus cinta berlainan. Ada yang terlampau ‘jahat’ ada juga terlalu mudah. Macam mana pun cara perpisahan, tetap akan berakhir dengan kecewa. Lagi terkesan jika cara berpisahan bukan cara yang baik. Ditinggalkan begitu sahaja atau pasangan curang depan mata antara cara yang tidak akan dilupakan.

Ada Perkara Yang Tidak Disampaikan

Bila putus cinta, macam-mcam perkara yang nak cakap. Perlukan penjelasan dan perlukan jawapan yang memuaskan hati. Kecewa kerana tak sempat nak explain dan kecewa sebab tak dapat penjelasan yang kukuh.

Soalan Yang Tidak Berjawab

Alasan putus cinta ni macam-macam. Ada yang logik dan ada yang tak masuk akal. Pelbagai alasan yang bermain di fikiran. Semua persoalan yang ada, semua tidak berjawab membuatkan korang berfikir.

Ambil Tahu

Korang dah berpisah tapi dalam masa yang sama korang mengambil tahu mengenai bekas kekasih. Kawan-kawan yang terlalu ‘rajin’ memberitahu kehidupan bekas kekasih pada korang membuatkan hati korang lagi sedih dan marah. Nak pula bekas kekasih ada buah hati baru. Aduh!

Serik

Takut untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain. Takut dikecewakan, takut kena game atau sudah tidak mahu ada komitmen. Hidup ini perlu diteruskan. Move on tapi bukan senang. Serik dengan hubungan lalu membuatkan korang sentiasa dihantui dengan kisah lama.

https://www.sahih.com.my