[VIDEO] PENGUNJUNG PANTAI SEPAT BAKAR POKOK

Sejak Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) dilonggarkan, ramai yang mula keluar rumah dan melakukan aktiviti riadah bersama keluarga seperti berkelah, mendaki bukit dan berehat di tepi pantai.

Sesetengah pelancong dan pengunjung hanya mahu menikmati pemandangan tetapi mentaliti yang rendah membuatkan mereka tidak menghiraukan kebersihan, keselamatan dan tidak menjaga alam sekitar.

Sebuah video tular di Twitter dengan mendapat 3,000 Retweets dan Llikes yang di kongsikan oleh @pkckAM.

Video tersebut menunjukkan beberapa orang wanita cuba memandamkan kesan terbakar pada sebatang pokok di kawasan pantai menggunakan beg plastik.

Menerusi video tersebut, mungkin pengunjung yang datang berkelah membuat aktiviti memanggang hingga menyebabkan pokok tersebut tiba-tiba tumbang.

Ekoran daripada video tersebut, netizen mula marah dan mengatakan pelaku tiada common sense.