PETUA AIR CUCIAN BERAS BOLEH MENCANTIKKAN KULIT

Orang dulu-dulu banyak petua kecantikan menggunakan bahan semula jadi sebab itu mereka mempunyai kulit yang bersih dan mulus.

Air cucian beras juga menjadi salah satu petua mereka untuk mengekalkan kecantikkan tapi zaman sekarang petua ini kurang digunakan mungkin kerana banyak produk baharu di pasaran.

Sebenarnya air cucian beras mengandungi khasiat tersendiri yang membantu penjagaan kulit dan dalam pada masa yang sama menjimatkan duit.

Jom tengok apakah khasiat petua air cucian beras ini jika diamalkan setiap hari.

Pencuci Muka

Sekarang banyak produk pencuci muka yang dijual dengan bahan-bahan yang sudah diproses malah, ada juga produk yang menawarkan air cucian beras yang sudah dijadikan pencuci muka untuk memudahkan pengguna.

Tapi kalau anda mahukan khasiat dari keaslian air cucian beras, anda juga boleh buat sendiri di rumah.

Air cucian beras yang pertama akan menjadi putih dan pekat, simpan dalam bekas atau botol penyembur untuk mudah digunakan.

Jadikan sebagai rutin harian menyembur atau lap muka dengan air cucian beras untuk mencerahkan dan menganjalkan kulit anda.

Kulit Muka Bersih Dan Lembut

Air cucian beras dapat bantu menghilangkan kotoran, debu dan menyegarkan kulit.

Caranya adalah, gunakan air cucian beras yang pertama dan rendam kapas dalam air cucian tersebut, lap pada seluruh muka anda.

Jadikan sebagai rutin harian untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Kecilkan Liang Pori

Jika anda mempunyai masalah liang pori besar dan sukar untuk hilangkan, anda boleh cuba dengan air cucian beras kerana ia memberikan kesan yang sangat positif kepada liang pori dan akan menyegarkan kulit.

Sangat mudah kerana anda hanya perlu rendam kapas dalam air cucian beras dan lap pada bahgian yang mempunyai liang pori bermasalah.

Urut muka anda secara perlahan dan biarkan air cucian beras meresap ke dalam kulit. Lakukan setiap pagi dan malam.

Kurangkan Jerawat

Setiap orang mempunyai masalah kulit yang berbeza tetapi jerawat antara masalah terbesar kepada semua orang.

Selain cuba menggunakan produk kosmetik di pasaran, air cucian beras juga boleh mengurangkan jerawat.

Kurangkan penggunaan bahan kimia pada muka dan cuba cara tradisional ini untuk menghapuskan jerawat dan jeragat.

Air cucian beras ternyata dapat membantu mengurangkan masalah kulit secara semula jadi dan efektif.

Topeng Muka

Air cucian beras juga boleh dijadikan sebagai topeng muka dengan cara gunakan kain bersih dan rendamkan dalam air cucian beras selama 10 minit.

Biarkan kain yang direndam dengan air cucian beras tadi pada muka selama 15 minit atau tunggu hingga kering.

Anda akan rasakan kesegaran dan kulit menjadi lebih lembut selepas memakai topeng air cucian beras yang pertama.