Surau Al-Huda, Taman Inderapura perlu dana RM50,000
Surau Al-Huda, Taman Inderapura perlu dana RM50,000
JERANTUT – Surau Al-Huda, Taman Inderapura, dekat sini sedang dalam proses membaikpulih surau tersebut yang menelan belanja RM200,000 tetapi masih kekurangan dana sebanyak RM50,000.
Pengerusi surau itu, Mahmud Ahmad berkata, surau itu yang memulakan proses membaikpulih pada awal November tahun lalu dan dijangka dapat digunakan sebelum bulan Ramadan ini.
“Proses membaikpulih dilakukan di bahagian bumbung surau dan sebahagian dinding termasuk pendawaian elektrik telah dilakukan.
“Proses pembinaan ini sudah mencapai kira-kira 80 peratus dan menjelang awal Ramadan sudah boleh digunakan oleh kira-kira 500 jemaah, ” katanya.
Setiausaha surau tersebut, Jamal Nasir berkata, sumbangan tambahan diperlukan sebanyak RM50,000 untuk tujuan kemasan dalaman seperti membeli karpet termasuk kain pemidang memisahkan Jemaah lelaki dan wanita.
“Selain itu, pembelian alat siaraya dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) serta beberapa alatan perabot seperti rak turut diperlukan.
“Kepada penyumbang yang berhasrat untuk menyalurkan sumbangan, boleh salurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bernombor : 06055020258842 – Surau Al-Huda,” katanya.
Katanya, penyumbang dan orang ramai boleh menghubungi :- Pengerusi, Mahmud Ahmad (013-9824904 atau Setiausaha, Jamal Nasir (013-9041532) untuk keterangan lanjut.-SAHIH.