SUAMI TAKUT BINI, JAGA-JAGA!
Suami Takut Bini, Jaga-Jaga!
Ada tak di sini ciri-ciri suami yang ‘takut bini’? Mungkin tidak ramai tapi masih ada. Perkara ini boleh dibuat bahan jenaka tetapi jika terlalu dikawal oleh isteri, mungkin suami tidak selesa.
Tugas suami adalah membimbing keluarga kalau suami turut kata isteri, macam mana? Setiap pasangan ada tangunggjawab masing-masing, jadi jangan ketatkan pergerakan pasangan. Baca ciri-ciri ‘takut bini’ mana tahu ada salah satu yang terkena.
Jarang Keluar
Tiada istilah ‘lepak’ bersama kawan-kawan. Untuk elak si isteri membebel dan fikir bukan-bukan, suami sanggup korbankan masa untuk bersama kawan. Kalau keluar pun nanti isteri sentiasa telefon dan menghantar pesanan. Sama juga dengan hal-hal pekerjaan, suami akan elak dari terkena ‘outstation’. Kalau ada kerja yang tidak dapat dielakkan, mungkin isteri pun ikut sekali.
Perbelanjaan
Pengeluaran duit akan terkawal walaupun duit sendiri! Sememangnya perbelanjaan keluarga perlu dikongsi untuk bajet akan datang tetapi keperluan diri sendiri juga perlu dibeli. Kesian suami, nak beli barang peribadi pun kena tanya isteri.
Berkongsi Media Sosial
Zaman sekarang dengan akaun media sosial pun boleh bergaduh. Bukan tidak boleh ada akaun media sosial tapi kepercayaan terhadap pasangan kurang lebih-lebih lagi yang sudah ada peristiwa hitam. Sama ada berkongsi media sosial atau memberitahu kata laluan masing-masing terasa lebih selamat. Betul ke?
Spot Check Handphone
Rasanya ramai yang mengalami masalah ini. Si isteri akan periksa ‘handphone’ suami untuk pastikan suami tiada rahsia yang disimpan. Ada isteri yang periksa secara mengejut, ada juga yang akan periksa hari-hari! Notifikasi yang mencurigakan akan disoal siasat sehingga puas hati. Haa, nasib badanlah.
Dilarang Handphone Mati
Kehabisan bateri dan tiada ‘line’ sangat menakutkan. Kalau kehabisan bateri boleh cas dengan ‘powerbank’ tapi kalau suami ke kawasan yang tiada ‘line’ takut pula pasangan akan telefon atau menghantar mesej. Kalau berlaku salah satu, sampai rumah nanti tidur luarlah nampaknya.