Siti Nur Alia Sertai Pasukan Berbasikal Jelajah Dunia Di Sepanyol
Atlet berbasikal lebuh raya Terengganu, Siti Nur Alia Mansor mencatat sejarah menjadi pelumba wanita pertama negara dan Asia Tenggara menyertai pasukan berbasikal jelajah dunia, Canyon-SRAM Racing Team di Sepanyol pada Mac ini.
‘Seorang pelumba sahaja akan ke skuad elit sekiranya mencapai prestasi yang ditetapkan sepanjang tujuh bulan,’ kata Alia.
Menurut laporan BERNAMA, pelumba berusia 21 tahun itu mengakui tawaran kontrak selama setahun daripada pasukan tersebut merupakan peluang keemasan baginya untuk mencapai prestasi seterusnya dan memasang impian untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024 akan datang.
Beliau akan pulang ke Malaysia pada April atau Mei dan menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada bulan Jun.
Alia berkata beliau akan berusaha untuk mendapatkan kejayaan yang lebih membanggakan pada SUKMA kali ini selepas meraih pingat perak dan gangsa dalam acara pecut dan 500 meter ujian masa pada edisi 2018 di Perak.
SUMBER: BERNAMA