Seorang pendaki dikhuatiri lemas di Sungai Tanum, Merapoh
Foto atas : Anggota SAR melakukan bantuan di tempat kejadian di SUngai Tanum, Taman Negara Merapoh, hari ini.
Seorang pendaki dikhuatiri lemas di Sungai Tanum, Merapoh
LIPIS : Seorang pendaki, Haniff Harun berusia 47 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Tanum, Taman Negara Merapoh ketika turun dari Gunung Tahan berdekatan Kuala Juram, Merapoh dekat sini hari ini.
Mangsa, dari Kampung Paloh Haji Daud, Kuala Terengganu, bersama 10 orang lagi telah mendaki pada 20 Januari melalui Merapoh dan dijangka turun semula pada 24 Januari.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, akibat cuaca hujan, kumpulan ini telah berpatah balik ke Kuala Juram yang turut dipandu oleh seorang malim gunung dan seorang porter.
“Semasa perjalanan pendakian hujan lebat berlaku menyebabkan kumpulan pendaki itu tidak dapat meneruskan perjalanan dan berpatah balik ke Kuala Juram sehinggalah dimaklumkan mengenai kejadian mangsa dihanyutkan air Sungai Tanum.
“Beg galas mangsa telah dijumpai tidak jauh dari tempat kejadian, mangsa masih belum ditemui lagi,” katanya.-SAHIH.