SEMAK STATUS PASANGAN BELUM BERKAHWIN!
Zaman sekarang banyak kes jenayah berlaku dalam perkahwinan. Mendengar kisah mangsa-mangsa biasanya sebelum mengikat ikatan yang sah, pasangan mereka sangat baik, tiada tanda-tanda yang tidak baik dan kebanyakkan kes adalah bakal pasangan adalah suami atau isteri orang.
Perkara ini mungkin tidak terjadi pada diri kita, tetapi kepada mangsa sangat terkesan dan boleh menyebabkan trauma.
Sebelum berjanji dan setuju untuk berkahwin, pastikan anda semak status perkahwinan dan rekod jenayah pasangan masing-masing.
Anda boleh menyemak status tersebut dengan layari laman web rasmi E-Syariah.
1) Lawan Web Rasmi E-Syariah
2) Pergi ke ‘Semak Status Kes’
3) Pilih ‘No.Kes’ atau ‘No.KP Semasa’
‘Mal’untuk kes perkahwinan, anak luar nikah dan sebagainya.
‘Jenayah’ untuk kes jenayah individu.
Ini adalah contoh menyemak rekod ‘Mal’ individu.
Jenayah yang direkodkan dalam E-Syariah adalah bukan kes jenayah sivil seperti membunuh, mencuri, dadah tetapi ia berkaitan dengan jenayah yang melibatkan mahkamah Syariah seperti berzina, minum arak, berkhalwat dan sebagainya.
Berhati-hatilah pada zaman sekarang yang mungkin segala perkara boleh terjadi.
Semoga urusan anda dipermudahkan.