Remaja 17 tahun dikhuatiri lemas dibawa arus deras
Foto atas : Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di D’Kasai Riverside (Monkey Rock), Penempatan Orang Asli, Kampung Gabong, dekat sini pada jam 5.10 petang, hari ini.-Foto BBP Bentong
Remaja 17 tahun dikhuatiri lemas dibawa arus deras
BENTONG – Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di D’Kasai Riverside (Monkey Rock), Penempatan Orang Asli, Kampung Gabong, dekat sini pada jam 5.10 petang, hari ini.
Mangsa yang dikhuatiri lemas, Muhammad Syafiq Akmal Zaidi, berusia 17 tahun yang tinggal di Felda Lakum, Lanchang, dekat sini telah pergi kawasan itu bersama rakannya.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pegawai operasi, Badrul Hisham Saari melaporkan seorang remaja lelaki disyaki lemas ketika mandi bersama 3 orang rakan.
‘Seramai 10 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama 2 jentera telah bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat kejadian.
“Mangsa dipercayai terjatuh dan telah dibawa arus, anggota bomba telah bertindak melakukan pencarian dengan teknik pencarian di permukaan air serta menggunakan ‘grappling iron,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Katanya, 3 rakan yang bersama mangsa selamat, pencarian mangsa diteruskan.-SAHIH.
Sumber : Berita Harian.