RAKYAT MALAYSIA KURANG MENYIMPANAN WANG, 21% TIDAK MAMPU BUAT SIMPANAN
Gaji tidak mencapai tahap memuaskan walaupun sudah tahun 2021. Isu gaji rendah sering dibahaskan lebih-lebih lagi sejak berlakunya pendamik COVID-19.
Gaji yang diberi oleh majikan tidak setimpal dengan kos kehidupan masa kini tambahan pula ramai pekerja yang dipotong gaji dan lebih teruk ada juga golongan yang dibuang kerja untuk mengurangkan kos perbelanjaan syarikat.
Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS2021) membuat satu tinjauan yang mengkaji cara penyimpanan rakyat Malaysia setiap bulan.
Kajian tersebut menunjukkan separuh rakyat Malaysia, 52% responden menyimpan wang kurang daripada RM500 sebulan atau sesetengah golongan langsung tidak mampu membuat simpanan untuk masa hadapan.
Antara punca masalah ini adalah ekonomi negara yang tidak menentu melanda sejak berlakunya virus COVID-19.
Bagaimanapun, jumlah peratus meningkat berbanding pada tahun 2020 yang hanya mencapai 49% responden yang mampu menyimpan wang dengan nilai yang sama.
Sebanyak 21% responden tidak mampu membuat sebarang simpanan dan hanya berharapkan kepada gaji yang dimiliki setiap bulan.
Sejak berlakunya virus ini melanda negara, rakyat Malaysia sudah mula sedar kepentingan menyimpan untuk kegunaan masa kecemasan, sebanyak 63% responden menyimpan dengan tujuan yang penting.
Terdapat juga 40% responden menyimpan untuk melancong, 20% untuk membeli gajet dan 16% untuk membeli kereta baharu.
Kajian ini merekodkan seramai 3,033 responden kepada sampel berstrata telah digunakan untuk mencapai 1,518 respon sampel yang mewakili populasi negara.
15% responden mendapati simpanan KWSP tidak mencukupi untuk persaraan. 45% masih tidak merancang wang simpanan pada masa depan, rakyat Malaysia semakin kurang membuat simpanan kerana terkesan dengan virus COVID-19.
Hanya 15% responden yang mampu menyimpan RM1,500 setiap bulan dan 50% repsonden tidak bertahan dengan wang simpanan lebih dari 3 bulan jika kehilangan pekerjaan.
Terdapat 44% responden membelanjakan kesemua gaji atau lebih dari gaji bulanan mereka setiap bulan.
SUMBER: LOBAK MERAH