PONDOK REZEKI BANTU IBU BAPA SK TANAH PUTIH BARU
PONDOK REZEKI BANTU IBU BAPA SK TANAH PUTIH BARU
KUANTAN : Seramai 40 keluarga murid di Sekolah Kebangsaan Tanah Putih Baru yang benar-benar terputus bekalan makanan dibantu pihak sekolah menerusi Program Pondok Rezeki.
Bantuan tersebut hasil sumbangan daripada guru, kakitangan sokongan serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Guru Besarnya, Hamdan Salleh berkata, idea tercetus ekoran keadaan semasa negara yang sedang menghadapi pendemik Covid-19 menyebabkan segelintir ibu bapa murid tidak dapat meneruskan pekerjaan.
Beliau berkata, kelayakan penerima berdasarkan maklumat pendapatan dan bilangan ahli keluarga yang diperoleh menerusi Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
“Sebenarnya benda ni adalah secara spontan sahaja apabila saya melihatkan keadaan dalam situasi sekarang di mana kami memahami bahawa anak murid kami ini tergolong dalam golongan B40.
” Jadi saya mengambil daya inisiatif berpakat dengan guru-guru dan juga kakitangan sokongan saya dan mencadangkan macam mana kami boleh mewujudkan apa yang dipanggil sebagai Pondok Rezeki,” katanya.
Jelasnya, bantuan berbentuk makanan keperluan asas itu akan diperluaskan kepada keluarga murid yang lain namun bergantung kepada hasil sumbangan yang diterima nanti.
” Bergantung sumbangan yang kami peroleh setakat ini 40 sumbangan. Insyaa Allah lepas ni akan ada lagi 40 bantuan namun bergantung kepada hasil kutipan yang diterima.
“Baki wang yang diperoleh juga akan diberikan kepada ibu bapa yang membuat permintaan susu bayi dan lampin pakai buang namun ia berdasarkan keperluan dan kelayakan mereka,” katanya.
Sebagai rekod, jumlah murid di sekolah itu ialah seramai 473 orang.-SAHIH.