PERSATUAN PENGUSAHA INAP DESA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN
PERSATUAN PENGUSAHA INAP DESA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN
TEMERLOH: Persatuan Pengusaha Inap Desa Malaysia menzahirkan ucapan terima kasih atas pengumuman Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang membenarkan sektor pelancongan di negeri terlibat dengan fasa dua dan seterusnya.
Pengerusinya, Datuk Shahariman Hamdan berkata, pengumuman itu diharap dapat membantu 4,500 ahli persatuan terdiri daripada operator pelancongan memulihkan semula ekonomi mereka yang telah terjejas selama 18 bulan.
Pengerusi Persatuan Inap Desa Malaysia, Datuk Shariman Hamdan
Justeru, bagi melancarkan sektor pelancongan dalam negara, beliau berharap program vaksinasi kepada operator pelancongan dapat diperluas dan dipercepatkan.
Jelasnya lagi beliau berharap agar industri peringkat domestik ini akan menjana pendapatan tambahan kepada ahli-ahli dan juga operator homestay.
Pada 2019, pendapatan operator pelancongan inap desa mencecah RM 30 juta namun ia menurun kepada kira-kira RM 3 juta pada tahun lepas dan tahun ini.
Beliau juga meminta pemain industri pelancongan dan pelancong yang hadir dapat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti melengkapkan dua dos vaksin, memakai pelitup muka dan mengamal jarak fizikal.-SAHIH