Pengantin redah banjir ke rumah pasangannya
Pengantin redah banjir ke rumah pasangannya
JERANTUT : Pasangan mempelai meredah banjir dengan bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk ke rumah pengantin perempuan yang dinaiki air, tengah hari, semalam.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Jerantut, Kapten (PA) Muszaidi Musa berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.00 tengah hari, Sabtu.
Katanya, 10 orang anggota APM Jerantut menggunakan bot gentian kaca memberi bantuan kepada keluarga pengantin tersebut untuk mengangkut pengantin dan tetamu lain menyeberangi kawasan yang ditenggelami air.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Kemakmuran Kampung, (JPKK) Kampung Sempadan, Jamsuri Salamen berkata, kejadian hujan lebat berlaku tanpa henti sejak Jumaat sehinnga Sabtu tengah hari.
“Oleh itu, kami memohon pihak APM membantu pasangan itu, Afifah Jamisan dan Muhammad Amirul Asyraf Muhammad Daud untuk diangkut dengan bot APM ke rumah pengantin perempuan kerana laluan Jalan Sungai Relai 8, Kampung Sempadan yang ditenggelami air kira-kira 1.5 meter dalam dan sejauh kira-kira 10 meter.
“Selain itu, agar majlis kenduri kahwin itu tidak tergendala dan dapat diteruskan serta berjalan lancar, saya berterima kasih kepada pihak pengurusan APM Jerantut,” katanya.-Sahih.