Pendulang muda maut ditimbus tanah di Lipis.
Foto atas : Tempat kejadian Budiman mati tertimbus di Kampung Pantos, Sungai Koyan.
Pendulang muda maut ditimbus tanah di Lipis.
LIPIS – Seorang pendulang emas muda berusia 18 tahun mati tertimbus ketika mendulang emas sambil menggali tanah dengan menggunakan tangan di Kampung Pantos, Sungai Koyan, semalam.
Mangsa, Budiman Johan bersama dengan empat lagi rakannya dipercayai melakukan aktiviti mencari emas di sebuah ladang milik Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) berdekatan kawasan pembetong parit di sini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Azli Mohd Noor berkata, mangsa dan empat rakannya telah ke pergi tempat kejadian kira-kira jam 3.00 pagi semalam.
“Semasa mangsa sedang mendulang emas, mangsa juga turut mengali tanah dengan menggunakan tangan.
“Ketika mendulang tanpa disedari telah berlaku gelongsoran tanah dan jatuh menimpa mangsa menyebabkan mangsa tertimbus dan lemas.
Azli berkata, rakan-rakan mangsa telah membantu untuk mengeluarkan mangsa dari timbunan tanah dan berjaya mengeluarkan mangsa dan membawa balik ke rumah mangsa di sini.
“Semasa lawatan pihak polis di tempat kejadian tiada sebarang jentera ditemui atau digunakan di kawasan itu untuk mencari emas.
“Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Sungai Koyan mendapati mangsa telah meninggal dunia,” katanya melalui kenyataan media.
Katanya, mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis dan hasil bedah siasat punca kematian disebabkan ‘Asphyxia Due To Landslide’.-SAHIH.