PLUS Buat Penambahbaikan Di Plaza Tol Untuk Elak Kesesakan Lalu Lintas
PLUS Buat Penambahbaikan Di Plaza Tol Untuk Elak Kesesakan Lalu Lintas
KUALA LUMPUR – Pelaksanaan sistem teknologi Identifikasi Radio (RFID) di Lebuhraya Utara-Selatan dari Juru, Pulau Pinang ke Skudai, Johor akan ditambahnaik oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sebagai tindakbalas kepada pengguna yang sering buat aduan kesesakan berlaku di plaza tol tersebut.
PLUS memberi kenyataan, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof melahirkan rasa bimbang berikutan rungutan pengguna berkaitan dengan pelaksanaan awal projek RFID dan penutup lorong SmartTAG di plaza tol tertentu.
PLUS juga mengambil langkah membuka semula lorong SmartTAG untuk tingkatkan prestasi sistem dan menyediakan petugas di plaza tol sebagai penambahbaikan sistem tersebut.
Menurut PLUS, 16 plaza tol dengan 19 lorong Touch ‘n Go sebagai lorong SmartTAG menjelang 25 Januari untuk persediaan perjalanan balik kampung sempena menyambut perayaan Tahun Baharu Cina akan datang.
Manakala, lorong bertindih akan dibuka di plaza tol yang lebih sesak bagi memastikan lalu lintas dapat berjalan dengan lancar.
‘Zon pengesanan visual RFID di lorong tersebut akan dicat bagi membantu pengguna mudah untuk posisikan kenderaan.
‘PLUS akan menugaskan pembantu perkhidmatan pelanggan di kesemua 158 lorong RFID di 74 plaza tol untuk membantu pengguna yang terperangkap dengan peranti pengesan mudah alih,’ kata wakil PLUS.
SUMBER: BERNAMA