Pasangan suami isteri nyaris lemas, anggota polis turun ke dalam parit selamatkan mangsa
Pasangan suami isteri nyaris lemas, anggota polis turun ke dalam parit selamatkan mangsa
LIPIS – Sepasang suami isteri nyaris lemas apabila kenderaan pacuan empat roda (4×4) yang dinaikinya terbabas ke dalam parit setinggi lima meter dari tepi tebing jalan di KM 4, Jalan Lipis-Merapoh, dekat sini pada jam 8.30 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Ismail Man
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Ismail Man berkata, seorang anggota polis, Sarjan Mohd Affendy Suhaimi apabila tiba di tempat kejadian telah turun ke dalam parit tersebut untuk menyelamatkan mangsa yang hampir lemas.
“Semasa pihak polis sampai di lokasi kejadian, mendapati kedua-dua mangsa berada dalam kenderaan yang hampir tenggelam.
“Sarjan Mohd Affendy segera masuk ke dalam parit, namun, mangsa berjaya keluar sendiri dari kenderaan itu melalui cermin tingkap yang pecah,” katanya.
Katanya, punca kejadian apabila kenderaan 4×4 jenis Mitsubishi Triton itu telah hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan melanggar penghadang jalan lalu masuk ke dalam parit yang digenangi air sedalam kira-kira dua meter selepas hujan lebat.
“Kenderaan itu dipandu oleh suaminya berusia 55 tahun bersama isterinya (67) dalam perjalanan dari Machang, Kelantan menghala ke Selayang, Selangor untuk menghadiri mesyuarat.
“Akibat kemalangan tersebut, pemandu dan isterinya mengalami kecederaan luka- luka kecil di bahagian tangan, manakala isterinya yang duduk di bahgian penumpang hadapan kenderaan itu berusia 67 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Katanya, kes kemlangaan itu disiasat di bawah kaedah 10 ln 166/59 (kaedah – kaedah lalu lintas 1959).
“Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini, boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Lipis di nombor 09-3121999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.-SAHIH.