PACUAN 4 RODA HANYUT
PACUAN EMPAT RODA HANYUT
KUALA KRAU : Seramai 15 belia Kuala Krau bertindak nekad menyelamatkan sebuah pacuan empat roda yang dihanyutkan di tapak Pekan Sehari, Kuala Krau, Pahang yang ditenggelami air banjir.
Mereka membantu menyelamatkan pacuan empat roda tersebut tanpa memikirka risiko terdahap diri sendiri.
Namun, pacuan empat roda yang membawa tiga orang penumpang tetap meneruskan perjalanan, walaupun mereka yang berada di tepi jalan untuk melihat air banjir cuba menghalangnya tetapi gagal.
Katanya, setiba di tengah-tengah jalan, enjin pacuan empat roda itu kemudian mati dan mula hanyut di bawa arus dan keadaan menjadi cemas.
Mereka kemudian bergegas menyelamatkan pacuan empat roda itu dengan dibantu sebuah bot untuk menyelamatkan pemandu dan penumpang.
Pacuan empat roda itu diikat untuk dibawa ke tebing dan ia mengambil masa kira-kira 30 minit.