Mangsa kemalangan di Jalan Genting Highlands disangka maut masih hidup
Mangsa kemalangan di Jalan Genting Highlands disangka maut masih hidup.
BENTONG : Goh Siew Kim, 61 tahun yang disangka maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 4.8, Jalan Genting Highlands, pada jam 1.15 petang, pada Rabu disangka maut dilaporkan masih menerima rawatan.
Kekeliruan berlaku apabila kad pengenalan Goh dipercayai dipegang oleh seorang mangsa yang meninggal dunia, bernama Wong Ah Mooi @ Wong Seh Moi, 83 tahun.
Dalam senarai awal dilaporkan, mangsa yang disangka meninggal itu, Goh turut disenaraikan bersama mangsa yang maut termasuk pemandu van tersebut, Wong Choun Chiet, 49 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian bersama lima orang penumpang lain, iaitu Foong Ah Lan (67), Lee Moy (67), Ang Meng Hong (62) dan Seow Mee Tin berusia 72 tahun.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, selepas semua keluarga tiba di Hospital Kuala Lumpur untuk pengesahan didapati mangsa yang disangka meninggal dunia, sedang dirawat di hospital
“Pihak polis hanya dapat mengesahkan keadaan itu selepas keluarga mangsa tiba di hospital awal pagi tadi,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
“Enam orang penumpang telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan, seorang daripada penumpang, Chang Them Kong (70) meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya melalui kenyataan media.
Katanya, kemalangan itu berlaku apabila pemandu van persiaran tersebut telah hilang kawalan di satu jalan berselekoh dan terus terbabas melanggar konkrit pembahagi jalan di sebelah kanan,” katanya.
“Kenderaan itu membawa 13 penumpang, seorang lelaki dan 12 wanita berusia antara 49 tahun hingga 78 tahun yang dalam perjalanan balik ke Pulau Pinang dari bercuti Pusat Peranginan Genting Highlands,” katanya.-SAHIH.