MAKANAN DAN MINUMAN YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA BATUK
Cuaca yang tidak menentu menyebabkan ramai yang tidak sihat dan demam. Ia akan menganggu aktiviti harian anda walaupun batuk tidak teruk, ia juga akan menganggu orang sekeliling.
Ada kajian mengatakan batuk adalah reaksi saluran pernafasan yang mengalami iritasi yang membuatkan saluran tidak berfungsi dengan baik atau mengalami alergi pada keadaan atau makanan.
Selain daripada dapatkan rawatan doktor dan ubat-ubatan, anda juga boleh ikhtiar dengan beberapa cara.
Pemakanan juga perlu dijaga dengan baik. Semasa mengalami batuk, elak atau kurangkan makanan yang boleh menyebabkan penyakit ini berlarutan. Makanan yang perlu dielakkan adalah:
Alkohol
Selain daripada membahayakan nyawa orang lain dan kesihatan diri, alkohol juga akan menyebabkan batuk anda mengambil masa yang lama untuk pulih kerana ia akan mengeringkan tekak.
Jeruk
Jeruk yang terlalu masam membuatkan batuk anda semakin parah. Elakkan makan jeruk ketika batuk dan banyakkan minum air untuk meredakan iritasi tekak.
Kopi Dan Teh
Minuman kegemaran ramai ini mengandungi banyak kafein dan dicampurkan dengan susu. Ia akan meningkatkan produksi lendir dan menyebabkan batuk anda semakin teruk. Kurangkan minum kopi dan teh ya!
Bahan Tenusu
Kurangkan makan dan minum yang berasaskan susu. Walaupun susu mempunyai banyak khasiat tetapi tidak untuk anda yang batuk. Kurangkan pengambilan tenusu semasa batuk.
Kuih Manis
Kuih yang manis juga boleh menyebabkan batuk anda lambat sembuh kerana gula yang terkandung dalam kuih tersebut menyebabkan tekak anda sentiasa gatal dan iritasi.
Kerepek
Sedapnya makan kerepek, lagi-lagi semasa tengok cerita atau membuat kerja. Tapi sebenarnya kerepek boleh membuatkan batuk anda semkain teruk kerana cara pembuatan kerepek adalah digoreng dengan minyak yang banyak.