Lelaki OKU maut kejang badan dalam hutan
Foto : Pasukan menyelamat berada di tempat kejadian dan membawa keluar mangsa yang meninggal dunia.
Lelaki OKU maut kejang badan dalam hutan
LIPIS : Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 53 tahun t meninggal dunia disebabkan berlaku kekejangan badan di dalam kawasan hutan Jabi, Kampung Redan, Mela dekat sini.
Rosdan Mat Isa yang meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Ismail Man berkata, mangsa, Rosdan Mat Isa (53) bersama sepupunya (53) dan ank saudara mangsa dan juga pengadu (34) pergi ke sebatang sungai di untuk memancing dan berkhemah di kawasan kejadian pada jam 4.00 petang pada Sabtu.
“Mangsa tiba-tiba mengalami kekejangan badan pada jam 12 tengah malam hari yang sama dan pada ketika itu sedang berlaku hujan.
“Keadaan kekejangan kepada mangsa masih tidak menunjukkan perkembangan positif dan tidak sedarkan diri, manakala kawasan kejadian tidak mempunyai liputan rangkaian telefon untuk membuat panggilan telefon untuk mendapatkan bantuan dari luar,” katanya.
Ismail berkata, kira-kira jam 3.00 pagi hari Ahad, anak saudara mangsa mengambil keputusan untuk keluar dan meninggalkan mangsa dan untuk mendapatkan bantuan.
“Pasukan penyelamat yang terdiri daripada polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pasukan bomba dan penyelamat Kuala Lipis telah masuk ke kawasan kejadian pada jam 10 pagi Ahad.
“Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa dari tempat kejadian setelah terpaksa melalui laluan yang sukar dan mengambil masa kira-kira tiga jam perjalanan,” katanya di sini, hari ini.
Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Lipis dan unit forensik telah menjalankan bedah siasat ke atas mayat mangsa dan mendapati mangsa meninggal dunia akibat mengalami saluran jantung tersumbat (ischemic heart disease).
“Polis mengesahkan kejadian ini dan siasatan ke atas fizikal badan mangsa tidak mempunyai unsur-unsur perlakuan jenayah dan kejadian diklasifikasikan di bawah mati mengejut,” katanya.-SAHIH.