Kilang perabot Jalan Kuantan Bypass terbakar
Kilang perabot Jalan Kuantan Bypass terbakar
KUANTAN – Sebuah kilang perabot yang terletak bersebelahan Masjid Pandan 2, Jalan Kuantan Bypass terbakar pada jam 6.23 petang, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, komander operasi, Mohd Khairul Tajumi Abdul Hamid melaporkan 100 peratus kilang itu kebakaran.
“Turut terbakar tempat simpanan kayu untuk membuat perabot berkeluasan 24 meter x 30 meter (80 kaki x 100 kaki)., namun, dalam kebakaran itu tidak melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa.
“Seramai 12 anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, Kuantan bergegas ke tempat kejadian dengan bantuan 2 jentera, operasi itu turut dibantu oleh 11 anggota BBP Indera Mahkota serta bantuan sebuah jentera tangki air,” katanya. Katanya, pasukan bomba membuat operasi pemadaman dengan menggunakan 4 aliran hos salur bantu mula dari air tangki dengan pam jentera bomba.
“Jentera tangki air tidak dapat memasuki kawasan kebakaran disebabkan jalan sempit, namun kebakaran dapat dikawal sebelum merebak ke bangunan lain berdekatan,” katanya.-SAHIH.